Antara Perbelanjaan Yang Perlu Anda Keluarkan Ketika Miliki Anak Di Tahun Pertama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mempunyai anak adalah satu impian buat mereka yang telah bergelar suami isteri. Kehadiran kanak-kanak dapat menghapuskan keletihan selepas bekerja dan juga dapat menjadi hiburan yang akan memeriahkan rumah anda.

Masalahnya ialah tidak semua ibu bapa dapat berjaga-jaga dan mempersiapkan diri dengan baik untuk kelahiran anak mereka. Hal ini kerana, terdapat banyak kos yang perlu dibelanjakan ketika anak itu dilahirkan dan pada tahun pertama kelahirannya.

Berikut adalah perkara yang anda perlu belanjakan pada tahun pertama memiliki anak.



                          

1. Kos kelahirannya.

Perkara yang paling utama sebelum perkara lain adalah menyelesaikan kelahiran bayi anda terlebih dahulu. bagi mereka yang ingin lahirkan bayi mereka di hospital kerajaan, rasanya tiada masalah untuk pembayaran. Tapi ia berlainan dengan mereka yang memilih hospital swasta, yang memerlukan sedikit kos yang lebih mahal. Tapi jika masing-masing puas hati, apa salahnya. Pastikan anda mempunyai wang yang mencukupi.

2. Penjagaan kesihatannya.

Kesihatan anak juga perkara yang penting. Jadi pastikan anda telah sediakan wang simpanan untuk kegunaan kecemasan. Hal ini kerana, serangan penyakit tidak kenal siapa dan bila-bila masa sahaja boleh dijangkiti. Dan kalau boleh sila ambil medical card untuk anak anda, ia akan lebih memudahkan anda nanti.

3. Pemakanannya.

Bagi memastikan tumbesaran anak membesar dengan baik, gaya pemakanan juga amatlah penting. Jika anak anda diberikan susu ibu, itu adalah lebih baik dan bagus. Tapi jika anda menggunakan susu formula untuk membantu tumbesaran anak anda, ia mungkin akan membuatkan kos perbelanjaan anda sedikit bertambah.



4. Lampin bayi.

Apabila anak masih lagi bayi dan kecil, kegunaan lampin ini tersangatlah penting untuk kegunaan hariannya. Menggunakan lampin yang berada di pasaran ini lebih mudah dan ia juga turut memudahkan anda untuk dalam proses menyalin lampin anak anda. Namun begitu, ia mungkin akan menambah kos perbelanjaan anda. Hal ini kerana, ia adalah perkara yang perlu anda untuk anda guna setiap hari.

5. Pakaian bayi.

Apabila memiliki anak kecil ini, sudah pastilah ibu bapanya akan teruja untuk mengayakan anak-anak mereka ini. Terutama jika itu adalah anak yang pertama. Rasa teruja itu sangatlah berlainan. Oleh itu, pelbagai jenis pakaian akan dibeli dan mungkin akan lebih dari sepatutnya. Anda perlu tahu bahawa bayi akan cepat membesar. Jadi jangan membazir hanya untuk membeli pakaiannya sahaja.

                            

6. Perabot bayi.

Perabot bayi juga biasanya akan menjadi salah satu perkara utama yang dibeli. Mungkin anda akan membeli tempat tidur, almari atau perhiasan untuk dirinya. Tapi jangan terlalu membazir kerana mereka masih belum mampu untuk tidur bersendirian.

Pastikan anda tidak terlalu membazir untuk membeli pakaian bayi, hal ini kerana ia bukan perkara yang penting. Perkara yang penting adalah simpanan wang untuk kegunaan kecemasan dan masa depannya nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen