Ajar Pasangan Anda Untuk Menyimpan Dengan Teknik 50,30,20.

Dengan wang simpanan sudah tentu bermacam-macam perkara boleh kita lakukan seperti untuk perkahwinan, sebagai permulaan perniagaan, membeli kereta idaman, untuk kesihatan atau perubatan dan pelbagai lagi. Cuma ia memerlukan disiplin diri yang sangat kuat dan bermotivasi tinggi dalam menyimpan.

Ada juga sebahagian daripada kita mengeluh, sukar untuk menyimpan kerana memiliki pendapatan yang rendah dan tiada agihan untuk simpanan.

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan.

Kesedaran diri untuk menyimpan itu sangat penting kerana jika tiada kesedaran takut terlambat dan menyesal di kemudian hari. Anda perlu ada target dalam kehidupan supaya mudah merancang kewangan sendiri seperti perancangan mahu menyimpan untuk bertunang atau berkahwin.

Jom ikuti teknik mudah ini iaitu 50,30,20 daripada gaji anda.

Sebagai contoh, minimum gaji yang kebiasaan rakyat miliki adalah RM2000. Pada zaman sekarang, dengan pendapatan sebanyak RM2000 agak mustahil untuk tinggal di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.

1. 50% daripada RM2000 adalah RM1000, jadi ia adalah untuk bayaran komitmen anda iaitu:

  • Hutang kereta.
  • Sewa Rumah.
  • Bil telefon.
  • Bil air dan elektrik.
  • Hutang PTPTN.
  • Bagi ibu bapa.

Jika memiliki duit lebihan daripada duit komitmen ini adalah lebih bagus kerana anda berpeluang untuk menyimpan dengan lebih banyak. Sekurang-kurangnya duit lebihan tersebut dalam RM200 ke bawah.

2. 30% daripada RM2000 adalah RM600 adalah belanja harian anda iaitu:

  • Makan dan minum.
  • Minyak.
  • Tol.
  • Hiburan (pakaian dan sebagainya).

Jika anda rajin, asingkan duit minyak dan tol dalam akaun bank yang berlainan, atau dompet yang khas untuk minyak dan tol sahaja untuk sebulan. Ini untuk memudahkan supaya tidak bercampur dengan duit hiburan dan makan/minum. Jadi, anda akan tahu berapa sahaja duit hiburan yang anda boleh belanjakan pada bulan itu.

Sekiranya terdapat duit lebihan, pastikan jadi simpanan sekurang-kurangnya RM100 kebawah.

3. 20% daripada RM2000 adalah RM400 adalah untuk:

  • Simpanan wajib.
  • Perlindungan Takaful.

Mungkin 200 untuk simpanan, 200 untuk takaful atau terpulang pada anda asalkan tidak melebihi 400. Jadi disini lah anda perlu bijak mengambil perlindungan takaful yang mempunyai simpanan juga. Simpanan secara tidak sedar seperti dalam perlindungan takaful ini, anda akan lihat hasilnya setelah sampai tempoh matang contoh 5 tahun.

Jadi, anda tidak perlu risau kerana anda sudah ada simpanan untuk 5 tahun akan datang disamping memiliki perlindungan takaful.

Simpanan wajib atau simpanan khas adalah simpanan yang anda perlu laksanakan tanpa berfikiran panjang. Jika anda dapat menyimpan RM200 untuk sepanjang tahun, anda akan dapat sebanyak RM2400. Tambah lagi dengan duit lebihan dari duit komitmen dengan duit belanja.

Contoh RM100+RM100=RM200

Sekiranya duit tambahan anda konsisten setiap bulan, hasilnya sama dengan simpanan wajib anda RM2400 dan jumlahnya adalah RM4800.

Jika mahu simpanan yang banyak, kurangkan berbelanja dan cuba untuk cut cost pada bil telefon anda dimana jangan melebihi RM100.

Jadi disini anda perlu hidup Mengukur Baju Pada Badan Sendiri.

Elak menyewa kondo atau apartment yang mahal…

Elak berkereta mewah…

Elak keluar makan di kedai hipster atau restoran mahal setiap hari…

Elak langgani spotify, apple music, Netflix atau iflix yang terlalu mahal. Guna sahaja aplikasi itu ketika Trial sebulan, itu juga sudah memadai.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen