7 Sebab Mengapa Anda Tidak Perlu Terlalu Mengikut Trend Dalam Berpenampilan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pakaian juga merupakan keperluan asas selain daripada tempat tinggal dan juga makanan. Itu bermakna anda perlu berbelanja menggunakan wang untuk membeli pakaian yang baru serta bersesuaian dengan anda. pakaian adalah keperluan asas yang diperlukan oleh anda untuk menutupi tubuh badan anda daripada merasa sejuk dan juga panas.

Walaupun begitu, pakaian ini boleh menjadi keperluan yang penting jika anda adalah seseorang yang suka berpenampilan mengikut trend. Apabila anda terlalu mengejar trend, maka anda akan mula melakukan pembaziran. Terutama jika anda miliki pelbagai jenis pakaian tetapi hanya dipakai sekali sahaja, dan membeli yang lain apabila reka bentuk baru yang keluar.

Untuk mempunyai kewangan yang stabil, anda seharusnya cuba untuk tidak berbelanja secara berlebihan terhadap pakaian anda. berikut adalah perkara yang perlu anda pertimbangkan sekiranya terlalu mengejar trend.



1. Trend boleh berubah.

Anda perlu tahu bahawa jika anda berpenampilan mengikut trend, maka ia akan cepat berubah. Jika anda menggunakannya pada bulan ini, kemungkinan ia akan mula berubah pada bulan hadapan. Jadi anda terpaksa membeli pakaian baru setiap bulan. Sudah pasti anda tidak akan memakai pakaian anda lagi apabila trend tersebut telah habis.

Untuk menjimatkan perbelanjaan, adalah lebih baik sekiranya anda memilih untuk tidak mengikut trend. Hal ini kerana, pemilihan pakaian yang anda lakukan itu akan boleh digunakan berulang kali dan tidak lapuk ditelan zaman.

2. Anda perlu mempunyai identiti yang tersendiri.

Pakaian itu melambangkan identiti anda yang tersendiri. Jadi jika anda terlalu mengikut trend maka anda tidak mempunyai identiti anda yang tersendiri. Anda perlu mempunyai identiti yang tersendiri akan aura yang keluar itu lebih yakin. Tidak perlu terlalu mengikut trend untuk diterima masyarakat anda. Hal ini kerana, tidak semua trend tersebut akan bersesuaian dengan personaliti anda.

3. Bentuk badan tidak sesuai untuk trend tersebut.

Setiap orang berbeza dari segi bentuk badan. Ada yang kurus tinggi, gemok tinggi, pendek gemok atau pendek kurus, semuanya berbeza-beza. Jadinya anda seharusnya lebih memilih untuk memakai sesuatu yang sesuai dengan tubuh badan anda dan anda merasakan ia selesa. Hal ini kerana, tidak semua trend pakaian ini akan bersesuaian dengan tubuh badan anda.



4. Ciri-ciri pakaian buat anda tidak menonjol.

Apabila tiba trend yang terbaru, pasti akan ramai yang mengikuti trend sebegitu. Maka dengan itu anda akan sukar untuk menonjolkan diri anda kerana memiliki penampilan yang hampir serupa. Bukan itu sahaja, kemungkinan anda akan bertemu dengan seseorang yang memakai pakaian yang sama dengan anda juga adalah tinggi.

5. Trend tersebut tidak fokus pada umur anda.

Apabila anda terlalu mengikut trend, kadang kala anda tidak sedar bahawa ianya bukan fokus kepada umur anda dan itu bermakna ia tidak bersesuaian dengan anda. Ini bermaksud tidak semua orang sesuai bergaya mengikut trend tersebut.

6. Terpaksa berbelanja.

Kerana mahu mengejar trend, maka anda akan terpaksa berbelanja dengan wang yang anda. Walaupun wang tidak mencukupi, tapi anda perlu mengejar satu trend yang baru agar tidak ketinggalan, maka dengan itu anda terpaksa menghadkan perkara lain demi untuk pakaian anda sahaja.

7. Boleh simpan banyak wang.

Apabila anda tidak terlalu taksub untuk mengikuti segala trend yang ada, maka anda boleh lakukan penjimatan dari segi perbelanjaan. Maka dengan itu, lebih banyak wang yang mampu simpan. Hal ini kerana, pembelian barangan seperti pakaian ini akan membuat seseorang itu berbelanja lebih banyak daripada sepatutnya.

Jangan terlalu taksub dengan pakaian yang mengikut trend ini, hal ini kerana ia akan membuat anda membazir dengan lebih banyak. Bukan itu sahaja, anda juga akan kehilangan identiti anda yang tersendiri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen