6 Cara Untuk Pasangan Suami Isteri Menyimpan Untuk Masa Hadapan.

Dalam perkahwinan, suami isteri perlu bijak untuk membuat perancangan perbelanjaan untuk keluarga. Jika salah seorang daripada anda tidak melaksanakan perancangan ini, khuatir pada masa hadapan kehidupan anda menjadi kucar-kacir, lebih-lebih lagi ketika memiliki cahaya mata.

Oleh itu, perancangan kewangan ini seharusnya dibawah tugas seorang isteri kerana kaum wanita adalah pembantu yang terbaik untuk seorang lelaki. Kaum wanita peka dengan keadaan sekeliling dan individu yang amat terperinci dalam melakukan sesuatu perkara. Malah mampu untuk melakukan pelbagai perkara dalam satu masa, dimana ramai kaum lelaki gagal dalam situasi ini.

Kaum lelaki yang bergelar suami mampu untuk membuat keputusan, akan tetapi mereka memerlukan seorang isteri untuk membantu membuat perancangan sebagai satu pasukan. Jadi, pasangan suami isteri haruslah merancang untuk menyimpan sedikit wang untuk masa hadapan supaya tidak bergantung kepada ibu bapa atau orang lain.

Caranya adalah…

1. Nasihat Pasangan Untuk Menukar Gaya Hidup.

Mungkin sewaktu di awal perkenalan, atau di awal perkahwinan anda dengan pasangan sentiasa mahu kelihatan bergaya, dengan kereta mewah, rumah mewah seperti kondo atau apartment, telefon bimbit yang mahal, bil telefon juga melebihi daripada kemampuan, makan di restoran hipster dan sebagainya.

Anda perlu tahu jangan samakan hidup ketika zaman bujang dengan alam perkahwinan, kerana komitmen yang berbeza. Nanti apa pula kata ibu bapa, mampu bermewah dengan pasangan, namun tidak mampu untuk menjaga ibu bapa setelah berkahwin. Berumah tangga bukan tiket untuk anda terus meninggalkan ibu bapa, ya!

Jadi, ubahlah gaya hidup anda bersama pasangan dengan kemampuan yang ada. Bukan terlebih kemampuan pula.

2. Nasihat Pasangan Untuk Menyimpan Sedikit Demi Sedikit.

Amalkan membuat tabung dirumah untuk anda dengan pasangan menyimpan. Tips yang anda boleh lakukan adalah sediakan bekas seolah-olah tabung untuk simpan duit, dan balut bekas tersebut dengan pembalut yang anda suka dimana anda tertarik untuk menyimpan duit.

Kemudian anda dengan pasangan boleh menyimpan mengikut warna duit kertas tersebut, seperti kuning, merah, biru, hijau dan sebagainya. Sehari RM1, seminggu RM20 atau RM50 sebulan, terpulang.

3. Nasihat Pasangan Untuk Tetapkan Matlamat Menyimpan.

Jadi, anda dengan pasangan pasti tertanya-tanya, nak simpan sampai waktu bila? Macam mana? Jika tiada matlamat, pasti anda dengan pasangan nanti tidak bermotivasi untuk menyimpan. Oleh itu, tetapkan target untuk anda berdua. Sebagai contoh, untuk setahun kumpul RM10,000. Jadi, suami dan isteri masing-masing sumbang RM5000 dalam tabung. Kemudian ikut warna duit kertas tersebut;

Contoh 1. RM50 perlu ada seratus keping untuk setahun, jadilah RM5000.

Contoh 2. RM20 perlu ada 250 keping untuk setahun, jadilah RM5000.

Contoh 3. Kalau nak campur pun tiada masalah seperti RM10 (250 keping=RM2500) RM5 (400 Keping=RM2000) dan RM50 (10 Keping=RM500), jadilah RM5000.

Pasangan suami isteri perlu berdisiplin dan beristiqamah dalam menyimpan wang ini. Jika tercapai matlamat anda dalam setahun ini, jangan lupa untuk melabur, ganti dengan emas atau rolling balik duit tersebut supaya ‘duit beranak’ untuk masa hadapan. Kemudian setiap tahun, lakukan seperti ini, dengan target yang lain pula.

4. Nasihat Pasangan Untuk Kurangkan Berhutang.

Jangan sesekali jadikan hutang sebagai amalan. Elak gunakan kad kredit, elakkan menambah hutang dan sebagainya. Nak beli telefon pun, guna tunai dan kumpul duit seperti point nombor 3. Elakkan bayar bulan-bulan, walaupun nampak mudah dan lebih murah dengan kaedah tersebut, namun anda bakal tidak tahu apa yang terjadi pada masa hadapan. Mungkin perlu duit dalam waktu kecemasan yang tidak terjangka.

5. Nasihat Pasangan Untuk Berjimat Selagi Boleh.

Berjimat dengan menjual barang yang anda tidak gunakan lagi, tetapi kondisi barang tersebut masih elok. Berjinak-jinak dalam menggunakan aplikasi seperti carousell, kerana di situ anda boleh menjual barang anda sendiri sebagai pre-loved atau secondhand. Jadi, di sini anda boleh tambahkan simpanan anda di dalam tabung tersebut.

6. Nasihat Pasangan Untuk Makan Di Rumah.

Dan yang paling penting adalah, belajar untuk memasak sama ada untuk isteri mahupun suami. Belajar untuk pergi ke pasar pada hari minggu untuk mencari bahan basah. Anda boleh jimat sekurang-kurangnya 2 minggu untuk tidak makan diluar, lebih-lebih lagi sekiranya anda masih belum memiliki cahaya mata. Pasti cukup untuk anda berdua. Di samping itu, boleh juga untuk menjaga diet pasangan, dan sama-sama menuju kepada kehidupan yang sihat.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen