Sebagai Ibu Bapa, Jangan Cepat Sentap Dengan Kerenah Anak.

Memiliki cahaya mata pasti menggembirakan pasangan ibu bapa kerena keletah anak-anak kecil yang sentiasa menceriakan suasana. Akan tetapi apabila anak kecil yang mula membesar, dan mula menunjukkan sikap ‘tantrum’ mereka, ramai sahaja pasangan ibu bapa yang mula give up untuk melayan.

Kadang-kala ada juga sebahagian daripada ibu bapa secara tidak sedar melempiaskan amarah, dan melepaskan kata-kata kesat pada anak-anak. Ini yang mengakibatkan pasangan ibu bapa berasa menyesal selepas situasi tersebut.

Dalam menangani masalah ini, jom lihat perkongsian dan nasihat dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Annur rania suka buat perangai masa di mall. Malas nak jalan sendiri, nak berdukung je. Bila tak di dukung dia berkeras tak nak gerak. Paling teruk dia pernah meronta tantrum kat tengah-tengah mall. Malu di buatnya..

Uish.. Memang sentap kalau kena macam ni. Rasa macam menyesal bawa dia jalan hari tu. Dah lah terpaksa 'curi' masa kerja kita nak bawa dia berjalan, macam gini balasan dia.

Rasa TAK DI HARGAI !

Tapi yang peliknya bila dapat dukung dia berubah, jadi baik dan sopan umpama bidadari. Senyum memanjang sampai balik.

Malah masa dukung tu dia peluk sekuat hati, dia cium pipi banyak kali dan paling best dia sendiri cakap rania tak nak beli mainan, nak jalan-jalan je.

Allahu.. bila emosi dah stabil dan tak sentap baru saya boleh nampak situasi sebenar. Sebenarnya anak ini rindu pelukan ayahnya, haus ciuman ayahnya tapi tak pandai nak luahkan dengan kata-kata.

Memang tak nafikan semenjak aish rizqi lahir saya lebih fokus pada dia. 24 jam dukung dia, cium dia, peluk dia, dodoi dia. Si kakak ini rasa terabai tanpa saya sedari..

Apabila kita fikir anak makin besar mereka makin boleh berdikari tanpa perhatian mak ayah tu SALAH !

Sebab semakin anak kita besar, semakin besar juga TABUNG EMOSI dia. Oleh itu lebih banyak perhatian mereka perlukan daripada masa kecil.

Kalau masa kecil kita peluk, cium, dukung dia sehari 2 kali, bila dah besar kena buat 2 kali ganda dari itu. Maksudnya 4 kali sehari. Baru setimpal dengan tabung emosi yang lebih besar.

Ini kerana semakin anak membesar semakin banyak kemahiran baru dia kena belajar, semakin banyak ilmu baru dia kena serap dan semakin banyak pengalaman baru dia kena teroka.

Sebab itu tabung emosi dia jadi cepat kering. Bila dah kering mulalah dia akan cari apa cara sekali pun untuk penuhkan kembali. Kalau cara halus tak berjaya, dia akan guna cara kasar itulah jadi menjerit, meronta, tantrum.

Jadi mak ayah ni memang banyak ujian, dugaan dan pengorbanan yang harus di tempuh.

Hati kena kental, tak boleh hati tisu mudah sentap, mudah terasa bila situasi tak menyenangkan.

Percayalah cakap saya, anak kita tak pernah berniat langsung nak buat kita susah dan tak hargai pengorbanan kita melainkan dia betul-betul ketandusan perhatian dari kita.

Alah, sentap dengan budak-budak ni bukan diorang faham pun.. redha je lah..

Anak adalah amanah, ia wajib di tunaikan walaupun tiada balasan. Balasan syurga menanti. Insyaallah..

********

Semoga dijadikan iktibar!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen