Hukum Mencerca Ibu Mertua, Ketahui Penjelasannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah berkahwin, kita akan mempunyai dua bapa dan dua ibu, iaitu ibu bapa kita sendiri serta ibu bapa pasangan kita. Buat seorang isteri, syurga dirinya ada pada suaminya, manakala buat seorang suami ada pada ibu kandungnya. Namun begitu, ia tidak bermakna ibu dari si isteri itu bukanlah orang yang tidak patut dihormati. Mari kita memahami dengan jelas sekiranya menghina ibu mertua.



Soalan:

Assamualaikum ustaz, Saya ingin mohon pencerahan dari ustaz mengenai Taraf ibu mertua dengan menantu lelaki. Adakah sama seperti ibu kandungnya sendiri? Sekiranya dia pernah berbuat sesuai yang dianggap kurang ajar terhadap ibu mertuanya seperti memaki, menghalau sehingga menitiskan air mata si mertua, adakah dia telah tergolong sebagai telah melakukan dosa besar juga dianggap anak derhaka & tidak mencium bau syurga seperti yang selalu kita dengar jika berbuat kepada ibu sendiri. Mohon penjelasan ustaz.

Sekian terima kasih.

Jawapan:

Bismillah. Ibu mertua tidaklah setara dengan ibu kandung sendiri. Namun bersikap kasar dan biadap kepada ibu mertua tetap berdosa sekalipun tidak sebesar dosa menderhaka kepada ibu sendiri. Wallahu a’lam.



Soalan2:

Terima kasih ustaz atas jawapan. Mohon pencerahan lagi ustaz, apakah kategori dosa itu ustaz? Dosa kecil atau dosa besar? Apakah benar kedudukan ibu mertua adalah Selepas ibu kandungnya? Seperkara lagi ustaz, adakah seorang nenek mempunyai Hak untuk berjumpa cucunya? Sekiranya Hak itu Ada & dinafikan apakah hukumnya ustaz? Terima kasih atas perhatian.

Jawapan:

Bismillah.

1. Tidaklah dapat dipastikan kedudukan ibu mertua adalah selepas ibu kandung tanpa dalil syarak. Setakat ini saya belum bertemu dalil yang mengesahkan perkara tersebut.

2. Berbuat kejahatan kepada ibu mertua ditegah syarak sama seperti berbuat jahat kepada orang lain, malah tegahan itu lebih kuat kerana dua faktor:

         a) Ia menyalahi arahan Allah dan Rasul supaya melayani isteri dengan baik, termasuk dalam pengertiannya ialah melayani keluarga isteri terutama ibu-bapanya.

         b) Bersikap biadap kepada ibu mertua seolah mengajar anak-anak supaya bersikap biadap dengan nenek mereka sendiri, dan mungkin memutuskan silaturrahim antara mereka.

Adapun kategori dosa -besar atau kecil- ia bergantung kepada jenis kejahatan. Jika membabitkan cercaan dan makian sebagai contohnya, maka ia adalah dosa besar. Sabda Nabi saw: “Mencerca orang Islam adalah fasik dan nembunuhnya adalah kufur” (Soheh al-Bukhari).

3. Antara nenek dan cucu ada ikatan rahim (silaturrahim). Memutuskan ikatan rahim adalah dosa besar. Sabda Nabi saw: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan rahim” (Soheh al-Bukhari). Suami yang menghalang anak-anaknya dari berhubung dengan nenek mereka tanpa sebab ia mengajar mereka melakukan dosa besar memutuskan rahim, dan mungkin berjangkit kepada tidak menghormati ibu sendiri satu hari nanti.

Wallahu a’lam.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen