Ciri-Ciri Keluarga Bahagia, Boleh Dilihat Melalui 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila berbicara mengenai keluarga bahagia, apa yang terlintas difikiran anda? Adakah suasana rumahnya ke? Suara gelak tawa atau sikap antara mereka sekeluarga? Pasti setiap orang mempunyai sudut pandangan tersendiri mengenai keluarga bahagia ini bukan?

Ada yang merasakan sesebuah keluarga itu bahagia apabila terdapat gelak tawa anak-anak berserta ibu bapanya. Ada yang merasakan bahawa keluarga tersebut ceria dan tidak bergaduh antara satu sama lain. Adakah itu sahaja dikatakan bahagia?



Berikut adalah ciri-ciri keluarga bahagia.

1. Solat berjemaah di rumah.

Solat adalah tiang agama. Terjaga solat kita, maka terjagalah perilaku kita. Bila kita sentiasa ingat Tuhan dengan melakukan solat, kita akan takut untuk melakukan perkara yang dilarang agama. Selain itu, bagaimana solat bersama boleh membahagiakan keluarga?

Jadikan waktu solat itu adalah waktu bersama keluarga. Gunakan juga waktu ini untuk mendoakan kesejahteraan anda sekeluarga. Ini barulah keluarga bahagia.

2. Makan bersama-sama.

Mungkin ada diantara kita merasakan perkara ini adalah perkara yang remeh, tapi sebenarnya makan bersama-sama ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kita makan bersama ini, jauhkan segala telefon bimbit atau gadjet yang ada.

Cuba untuk fokus kepada keluarga anda dengan saling bertukar cerita akan aktiviti harian kalian. Jadikan makan bersama-sama ini satu kebiasaan, anda pasti akan merasa seronok apabila lakukan ini.

3. Buat kerja rumah bersama-sama.

Selain waktu makan bersama, melakukan kerja rumah bersama juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Malah dengan bergotong-royong atau melakukan kerja rumah, ia dapat meringankan beban si ibu atau isteri yang telah penat memasak dan menyiapkan kerja rumah yang lain. Apabila ibu dan bapa bekerjasama menguruskan hal rumah, ini akan menunjukan contoh yang baik untuk anak-anak. Mereka juga akan melakukan yang sama nanti.



4. Luangkan masa bersama.

Aktiviti luar bersama keluarga adalah amat digalakan kerana bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malahan dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Lakukan aktiviti seperti berkelah, beriadah atau bermain bersama. Melakukan aktiviti bersama dapat membina kenangan indah serta menjadikan hubungan kekeluargaan lebih istimewa.

5. Sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain.

Hubungan kekeluargaan akan bertambah erat apabila anda sentiasa memberikan semangat kepada ahli keluarga yang lain. Anda menyokong setiap perkara yang dilakukan oleh ahli keluarga yang lain serta memberi nasihat apabila mereka ini perlukannya. Di mana anda akan sentiasa bersama mereka ini dikala susah mahupun senang.

Cubalah amalan lima perkara ini dan nilai sendiri perbezaan yang anda dapat lihat pada keluarga anda. Sesuatu yang positif akan menghasilkan hasil yang positif, termasuklah perkara-perkara ini. Selamat beramal.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen