Emosi Isteri Lebih Sensitif Selepas Bersalin, Suami Wajib Ambil Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak lelaki yang tidak tahu dan dapat memahami emosi seorang wanita. Mana tidaknya, emosi seorang wanita ini mudah untuk berubah tanpa mengikut keadaan dan masa yang bersesuaian. Itulah yang sering kali mereka kata apabila seorang wanita meminta untuk difahami.

Namun begitu, jika anda sudah bergelar seorang suami dan bakal menajdi seorang bapa, anda tidak boleh mengabaikan emosi isteri anda, terutama sekali apabila selepas dirinya melahirkan anak kalian. Ada yang menyatakan bahawa emosi wanita yang baru sahaja melahirkan anka ini lebih sensitif berbanding wanita lain.

Mana tidaknya, perubahan diri dan hormon akan membuatkan mereka berasa sebegini. Mari ketahui dengan lebih lanjut, berdasarkan perkongsian daripada Dr. Saidatul Husna, mengenai emosi-emosi isteri selepas bersalin ini.



5 Jenis Emosi Yang Suami Kena Tahu Selepas Isteri Bersalin.

1. EMOSI SEDIH.

Selepas bersalin, isteri kita akan menanggung pelbagai jenis kesulitan.

Sakit yang mencucuk cucuk di kawasan luka, sakit semasa buang air, bengkak susu dan puting melecet. Semua ini menyebabkan isteri mudah menangis secara tiba tiba.

2. EMOSI BIMBANG.

Biasanya isteri bimbang jika haid tidak teratur sepanjang proses penyusuan, (fully breastfeed).

Ini kerana hormon prolaktin yang tinggi, akan mengganggu pengeluaran hormon haid.

Jangan risau. Biasanya haid akan kembali teratur dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

3. EMOSI GEMBIRA.

Hormon gembira atau Oksitosin ini keluar secara semulajadi daripada badan.

Itu yang bila peluk cium baby, automatik kita akan rasa tenang dan gembira.



4. EMOSI MARAH.

Jika tertekan, isteri kita mudah stress dan marah marah.

Jadi, jangan pelik kalau emosi si dia tiba tiba jadi tak stabil. Kejap marah, kejap redup, kejap menangis. Tu mungkin gejala 'Baby Blues'.

Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau gejala itu berterusan, ada baiknya bawa isteri berjumpa doktor, bimbang kalau ada masalah kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression).

Postpartum depression ni bahaya ke. Ya memang bahaya! Jika tidak dirawat, isteri kita berpotensi untuk mencederakan dirinya sendiri.

5. EMOSI SENSITIF.

Kita digalakkan melawat ibu yang baru bersalin, cuma elakkan datang ziarah terlalu awal. Beri mereka masa untuk terbiasa dengan suasana baru, lebih lebih lagi jika ibu itu berpantang sendiri.

Elakkan soalan sensitif seperti,

'Alahai, kecilnya anak kamu', atau 'gelapnya kulit anak kamu'.

Jika ibu tersebut bersalin secara pembedahan, jangan pula tetamu bandingkan si ibu tu dengan kenalan yang bersalin secara normal.

Banyakkan doa dan kata semangat supaya si ibu rasa lebih tenang dan bermotivasi.

Sebenarnya, masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka episiotomi atau c-section, namun luka emosi itu sendiri yang lebih dasyat.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen