Antara Kelebihan Air Zamzam Yang Anda Perlu Ketahui.

Zamzam berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud banyak atau melimpah ruah. Air Zamzam merupakan air yang dianggap suci oleh umat Islam. Ia merupakan telaga mata air yang terletak dalam kawasan Masjidil Haram, bersebelahan tenggara Kaabah yang mempunyai kedalaman sedalam 42 meter.

Jom lihat antara khasiat dan kelebihan air Zamzam ini;

1. Untuk Menghilangkan Lapar.

Keberkatan Air Zamzam ini berfungsi seperti makanan, dan ia mengenyangkan bagi orang yang meminumnya. Nabi SAW bersabda;

“Air zam-zam itu air yang diberkahi. Makanan yang mengenyangkan.” (HR Muslim & Ibn Hibban)

Dari Ibnu Abbas ra, Nabi SAW bersabda,

“Air terbaik yang ada di muka bumi adalah air zam-zam. Boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat dari penyakit.” (HR Tabrani)

Syaikh Abdurrasyid Ibrahim (1364 H) berkata, “Saya bertahan beberapa minggu dengan air zam-zam untuk menghilangkan rasa laparku. Ini adalah pengalaman nyata yang tidak diragukan padanya.” (Lihat Fadhlu Māa Zamzam hlm. 105-106 oleh Sa’id Bakdasy)

2. Untuk Mengoptimumkan Proses Metabolisme Tubuh.

Proses metabolisme tubuh berfungsi untuk mengubah zat-zat yang masuk ke dalam tubuh seperti lemak bertukar menjadi tenaga. Apabila tenaga terhasil, maka tubuh akan memiliki tenaga untuk menjalankan aktiviti sehari-hari. Mineral dari air zam-zam sangat baik dalam memaksimumkan proses metabolisme, serta berfungsi untuk mengganti dengan segera, mineral yang digunakan ketika proses metabolisme.

Kita disarankan untuk kerap meminum Air Zamzam. Seeloknya minum Air Zamzam sebelum tidur malam atau pada waktu pagi selepas bangun tidur. Hal itu kerana, menurut pakar Mury Kuswari, kadar metabolisme tubuh tinggi sewaktu kita sedang tidur.

3. Untuk Mukjizat Air Zamzam Bergantung Kepada Niat Orang Yang Meminumnya.

Dari Ibnu ‘Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Air Zamzam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air Zamzam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail as.” (HR Daruqutni dan Hakim)

Ibnu Taimiyyah berkata, “Seseorang disunnahkan untuk meminum Air Zamzam sampai benar-benar kenyang, dan berdoa ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya (bebas). Namun tidak disunnahkan mandi dengannya (air Zamzam).” (Lihat kitab Hajjatun-Nabi, al Albani, 1/117)

Inilah keistimewaan dan kelebihan Air Zamzam yang tidak ada pada air-air yang lain. Oleh itu, niatlah apa-apa sahaja yang baik sewaktu minum Air Zamzam. Mudah-mudahan, niat kita itu dikabulkan oleh Allah SWT.

4. Untuk Menguatkan Tulang Dan Gigi.

Air Zamzam mengandungi kadar kalsium dan garam magnesium yang lebih tinggi dibanding telaga lain yang terdapat di sekitar Mekah. Oleh kerana tulang dan gigi yang sihat memerlukan kandungan kalsium yang mencukupi, maka, kekerapan minum Air Zamzam boleh membantu mencegah terjadinya masalah pereputan tulang dan gigi sebelum waktunya.

5. Untuk Menyembuhkan Pelbagai Penyakit.

Dari Jabir bin Abdillah ra, telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Air Zamzam bergantung pada sesiapa yang meminumnya”. (HR Ibnu Majah)

Oleh sebab itu, tidak kiralah apa penyakit sekalipun, jika kita berniat minum Air Zamzam untuk menyembuhkan penyakit yang ada, insyaAllah dengan keizinan Allah SWT penyakit itu akan sembuh. Yang penting, mukjizat Air Zamzam itu boleh diperoleh dengan syarat niat yang tulus dan menyandarkan diri secara kuat hanya kepada Allah SWT semata-mata.

Jangan terdapat keraguan di dalam hati tentang kemahakuasaan Allah. Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertawakkal (menyandarkan diri hanya kepada Allah SWT). Hal ini seperti yang telah dijelaskan di dalam kitab Ahkamul Quran 3/1124 karya Ibnul Arabi.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen