Bila Rasa Stress Dengan Sikap Isteri, Cuba Renung Kembali Pengorbanan Yang Telah Dirinya Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita seorang yang lemah lembut, dan memiliki jiwa yang sensitif, sebab itulah mereka ini sentiasa berwaspada dalam segala hal. Sebab itulah mereka ini sukar untuk difahami, sekejap menangis, sekejap ketawa dan sekejap merajuk dalam pada masa yang sama. Tapi bila jadi seorang isteri dan ibu, mereka ini akan cuba menjadi lebih kuat demi pertahankan orang yang mereka sayangi.

Jadi sebagai suami, janganlah mudah rimas dengan sikap isteri anda. Biasanya mereka ini jadi lebih sensitif terhadap orang yang mereka sayangi. Mereka jadi seperti itu pun kerana mahukan perhatian daripada seorang suami sahaja.

Mari baca sedikit perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini.



“Ko tak pening ke dengan perempuan ni bro? Aku baru kahwin enam bulan pun rasa pening dah.”

“Stress la dengan perangai bini aku tu. Sikit-sikit nak emo. Sikit-sikit nak merajuk. Pening.”

“Bini aku ni manjang je nak merajuk. Bosan aku”

***

Tu antara dialog pernah aku dengar masa lepak dengan kawan-kawan aku.

Perempuan ni memang susah nak faham. Diorang insan yang cukup istimewa. Mempunyai 1001 rasa emosi yang takde kepada kaum lelaki. Sekejap gembira, lepastu dah menangis. Tambah-tambah yang dah jadi isteri dan ibu ni.

Bila dah jadi suami, kau kena la faham serba sedikit mengenai perangai isteri. Isteri ni memang suka membebel, bercakap tak berhenti tambah-tambah kalau ada yang kau buat tak kena.

Kadang-kadang isteri ni akan diam je. Kau tanya pun dia tak jawab. Tengok mata dah merah. Haaa, mesti ada benda yang tak kena kau buat tu. Ada benda yang dia tak puas hati dengan kau.

Kadang-kadang kau rasa apa yang kau buat tu bukannya benda besar pun. Tu pun nak merajuk. Tu pun nak marah. Sampai ada suami yang tak tahan, bengang dengan perangai isteri yang suka merajuk dan cepat emosi ni.

Kadangkala dia tanya kau macam-macam sebab dia care kat kau. Dia nak tahu lebih pasal kau. Kau jawab la elok-elok.

***


Tapi, dalam sifat dan perangai diorang yang macam tu, kaum suami cuba fikir dan renungkan kembali. Isteri tu tak pernah biarkan kau mati kelaparan. Penat macam mana pun dia, pasti ada makanan yang terhidang di atas meja.

Isteri tu juga yang gosok, basuh dan lipat baju kau. Tak pernah pun bising atau merungut. Kau tahu ambil dan pakai je baju. Kadang-kadang tu main tarik je baju atas rak. Takde isteri tu nak marah. Setakat membebel sikit-sikit tu biasala.

Dan yang paling besar, dia bertarung nyawa melahirkan zuriat kau. Walaupun sakit, penat dia tak pernah merungut. Sembilan bulan mengandung tetapi makan minum, pakai kau tak pernah terabai.

Bila dah ada anak, tidur dia dah tak macam dulu. Tu tak termasuk anak sakit lagi. Siang malam tak tidur. Tapi, ada pernah kau dengar dia merungut? Ada pernah dia marah?

Masa kau sakit ke, demam ke, dia lah duk jaga kau. Dia lah duk masakkan bubur nasi, buat sup ayam ke nak bagi kau cepat sihat.

Ingat balik kebaikan isteri kau tu. Pasti kau pun tak mampu jadi sekuat dan sehebat dia dalam menguruskan anak, makan minum, pakaian keluarga.

***

Isteri itu diciptakan dengan hati yang begitu kuat. Dia menangis dan pada masa yang sama dia cukup tabah meneruskan kehidupan walaupun kau menyakitinya. Baginya, anak adalah kekuatannya.

Bila kau rasa stress atau pening dengan sikap isteri kau, cuba renung dan ingat kembali segala jasa dan pengorbanan dia. Di saat dia terima kau seadanya, mengapa tidak kau berbuat yang sama kepada dia?

Dia tinggalkan keluarganya untuk hidup dengan kau yang bukan siapa-siapa sebelum ini. Dia korbankan kebebasannya hanya untuk kau, suami yang dicintai sepenuh hati.

***

Hargai dan berterima kasihlah kepada isteri kau. Hormati dan sayangi isteri sepenuh hati. Jangan lupa lakukan hal yang sama kepada ibu kau. Tanpa mereka berdua, siapalah kau. Kah!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen