Jadilah Suami Yang Hebat Dengan Memiliki 10 Karakter Ini.

Dalam perkahwinan, seorang lelaki perlu menjadi suami dan bapa yang hebat untuk isteri malahan anak-anak. Sebagai seorang pemimpin, suami adalah insan yang perlu dihormati dan disanjungi oleh ahli keluarganya supaya institusi kekeluargaan yang terbina mendapat barakah dan mengecapi sakinah mawaddah wa rahmah.

Isteri dan anak yang baik, adalah dari hasil didikan suami yang hebat. Isteri dan anak-anak adalah acuan si suami untuk membentuk mereka menjadi insan yang soleh dan solehah. Jika si suami tersilap langkah dalam membentuk isteri dan anak-anak, maka tersalahlah acuan tersebut. Acuan yang tidak kemas, lari dari alignment, terdapat kesan buruk dan seumpama dengannya.

Bukan mudah untuk menjadi suami kerana, jika isteri dan anak-anak terabai, pasti si lelaki tersebut menjadi punca segala kesalahan, malah dituduh tidak pandai menjaga ahli keluarganya sendiri.

“Isteri macam tu, mesti suami tak pandai jaga…”

“Anak-anak bebas bergaul, mesti ayahnya tak pandai jaga…”

Jadi, bagi anak muda yang mahu menamatkan zaman bujang, terutamanya para lelaki, anda perlu menjadi suami yang hebat seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

1. Suami yang hebat tak akan sengaja buat isterinya bersedih.

2. Suami yang hebat tak akan membiarkan isterinya kepenatan seorang diri mengurus rumah.

3. Suami yang hebat adalah suami yang sentiasa membimbing isterinya mencintai Allah lebih daripada cinta pada dirinya.

4. Suami yang hebat selalu mendahulukan keperluan isterinya sebelum memenuhi kehendak diri sendiri.

5. Suami yang hebat adalah suami yang sentiasa boleh kawal emosi diri sendiri walaupun di saat yang sangat sukar.

6. Suami yang hebat tak akan sesekali duduk goyang kaki menonton televisyen atau melayan smartphone ketika isteri sedang kelam kabut mengurus anak.

7. Suami yang hebat sentiasa tahu mengambil hati isterinya, bukan hanya mengambil bila nak pertolongan sahaja.

8. Suami yang hebat adalah suami yang tidak pernah tinggi suara dengan isteri secara sengaja.

9. Suami yang hebat adalah suami yang tidak pernah abai memberi nafkah tempat tinggal, makan minum, pakaian, perhiasan dan perubatan pada isterinya.

10. Suami yang hebat adalah suami yang sentiasa pesan dan didik anak-anaknya untuk menghormati ibu (isterinya) 3 kali lebih daripada ayah.

Mari sahabat kita sama-sama berusaha jadi yang terhebat buat keluarga yang kita cintai.

********

Semoga Bermanfaat!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen