Antara Kesilapan Kewangan Yang Sering Dilakukan Oleh Ibu Bapa Muda.

Tidak semua pasangan yang berkahwin pada usia muda tahu tentang semua perkara, terutamanya tentang menguruskan kewangan secara rasional. Pasangan muda zaman sekarang selalunya mahu melakukan semua perkara tidak bergantung pada orang yang lebih berpengalaman seperti orang tua mereka. Pasangan ini lebih gemar melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan, malah kurang ilmu di dada.

Jadi, ia mendorong ibu bapa untuk melakukan antara 5 kesilapan kewangan ini…

1. Tidak membeli insurans perubatan.

Oleh kerana terlalu mahu berjimat, pasangan ibu bapa muda pada zaman sekarang seperti ralat untuk membeli insurans perubatan apatah lagi perlindungan takaful untuk keluarga dan anak-anak. Kos perubatan semakin meningkat, jika anda tidak mula dari sekarang, lama-kelamaan anda tiada lagi keyakinan diri untuk membeli insurans, kerana kesempitan wang.

2. Tidak menyediakan tabung pendidikan.

Tabung pendidikan seeloknya disediakan sebelum anak anda lahir lagi. Kos pendidikan di Malaysia sememangnya tidak boleh dipandang rendah. Setakat ini, kos untuk menghantar anak ke tadika adalah sekitar RM700 – RM800 dan meningkat sehingga ke RM3000 jika anda berhasrat untuk menghantar anak anda ke sekolah antarabangsa dan kelas-kelas tambahan.

Walaupun anak-anak anda akan menerima pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah, anda masih pelu menyimpan untuk pendidikan mereka di menara gading, dengan kos ke universiti secara puratanya RM100,000 untuk peringkat ijazah sarjana muda.

Sebagai persediaan awal, peruntukkan sebahagian pendapatan anda dan pasangan ke platform pelaburan yang stabil seperti unit amanah atau deposit tetap.

3. Tidak menggunakan faedah yang disediakan syarikat.

Biarlah jika dikatakan kedekut atau terlebih berjimat sekalipun, jangan lupa yang sesetengah faedah dan perlindungan yang disediakan tempat anda bekerja mampu menjimatkan perbelanjaan sehingga ribuan ringgit.

Sebagai contoh, insurans perubatan yang turut menawarkan perlindungan kepada tanggungan (suami/isteri, dan anak-anak). Antaranya ialah tanggungan kos rawatan di klinik sehingga RM1,000 dan RM50,000 bagi rawatan di hospital setahun. Faedah ini sekurang-kurangnya mampu menampung sedikit sebanyak kos yang perlu ditanggung.

Sesetengah syarikat juga menawarkan menyediakan peruntukan bagi membeli komputer riba, cermin mata, dan keperluan-keperluan lain. Jika syarikat anda ada menawarkan faedah ini, fokuskan apa yang boleh dibeli untuk anak anda.

Tip: Gunakan faedah tersebut sebagai penentu sebelum anda membuat keputusan untuk menerima tawaran kerja.

4. Boros dalam membeli pakaian dan aksesori bayi.

Walaupun keinginan untuk membeliakan pakaian-pakaian dan aksesori untuk anak anda, terutamanya yang baru lahir adalah tinggi, tindakan ini hanyalah akan mencetuskan pembaziran. Bayi anda akan membesar dengan cepat dan anda akan menggantikan pakaian baru mereka mengikut saiz, jadi tidak perlulah anda membeli sehingga 10 pasang baju atau stoking yang sama.

Belilah yang secukupnya dengan cuba untuk hidup secara minimalis. Malah, cuba tanya jika ahli keluarga yang ada pakaian bayi yang masih elok untuk dipinjam.

5. Membelikan anak anda gajet elektronik sejak masih kecil.

Dan kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa pada zaman sekarang adalah dengan membelikan gajet elektronik pada anak-anak yang masih kecil. Tidak suka melihat anak-anak kecil tantrum sehingga membaling barang hanya kerana telefon bimbit. Lalu ia menjurus ibu bapa untuk membeli telefon bimbit seorang satu untuk anak-anak.

Tahukah anda, tindakan ini bakal memakan diri. Dalam jangka panjang, anak anda bakal terdedah kepada risiko rabun, postur yang tidak betul dan membantutkan pertumbuhan kognitif. Mereka juga berisiko untuk terdedah dengan kandungan-kandungan bahan dari internet yang tidak ditapis.

Maka, tetapkan beberapa peraturan bagi penggunaan gajet tersebut, seperti penggunaan hanya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari, serta memasang aplikasi yang mengehad kandungan-kandugan yang tidak sesuai untuk mereka.

Jadilah Ibu Bapa Yang Bijak!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen