Antara Formula Untuk Menguruskan Duit Gaji Anda.

Dapat sahaja duit gaji, pasti anda buntu dan berteka-teki, bagaimana untuk menguruskan duit tersebut. Bagaimana untuk membahagikan supaya cukup untuk belanja harian anda termasuk komitmen. Usah risau, jom ikuti formula ini;

1. Formula 30/10.

Formula 30/10 melibatkan pembahagian duit gaji kepada 4 bahagian, iaitu 30%, 30%, 30% dan 10%. Contohnya, mereka yang bergaji bersih RM 2,000, maka duit tersebut dibahagikan kepada RM 600, RM 600, RM 600 dan RM 200.

  • Untuk 30% pertama, peruntukkan bahagian tersebut untuk kesenangan masa depan iaitu untuk simpanan, perlindungan insurans takaful dan pelaburan.
  • 30% kedua pula adalah untuk hutang dan simpanan perbelanjaan.
  • Jadi, jika ingin membuat hutang contohnya pembiayaan rumah atau kereta, pastikan jumlah hutang tersebut dihadkan kepada 30% sahaja daripada jumlah gaji.
  • 30% yang ketiga pula adalah untuk semua jenis perbelanjaan lain; makan-minum, nafkah, barang dapur, keperluan peribadi, sewa, bil-bil utiliti, tol, minyak kereta dan apa-apa sahaja perbelanjaan yang dibuat setiap bulan.
  • Bahagian 10% yang terakhir pula adalah untuk penyucian, iaitu untuk zakat pendapatan (jika cukup nisab), sedekah dan hadiah kepada ibu bapa.

Formula 30/10 boleh dianggap formula urus duit gaji terbaik kerana menyeimbangkan semua elemen utama pengurusan kewangan peribadi, iaitu simpanan, perbelanjaan, perlindungan, pelaburan dan penyucian.

2. Formula 50/30/20.

  • Bahagian 50% adalah untuk membayar komitmen tetap bulanan seperti pinjaman pembiayaan rumah, kereta, sewaan dan bil-bil utiliti. Bahagian ini juga untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan asas seperti makan-minum, barang dapur, minyak kereta dan tol.
  • Bahagian 30% pula dikhususkan untuk komitmen tidak tetap atau perbelanjaan yang berubah-ubah dan kurang penting seperti keperluan diri, pakaian, hiburan, melancong, bayaran internet, membeli barang-barang idaman dan sebagainya.
  • Bahagian 20% terakhir pula adalah untuk simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans takaful.

Kunci utama dalam menggunakan formula ini adalah kebolehan membezakan antara perbelanjaan asas atau keperluan dan perbelanjaan kehendak; perbelanjaan asas hendaklah diutamakan manakala perbelanjaan kehendak perlulah dikawal.

3. Formula 90/10.

Dalam formula ini, duit gaji dibahagikan kepada dua bahagian sahaja iaitu 90% dan 10%.

  • 10% daripada duit gaji dikhaskan untuk simpanan atau pelaburan.
  • Baki 90% digunakan untuk menampung semua perbelanjaan lain, sama ada perbelanjaan tetap atau berubah-ubah, dan perbelanjaan keperluan atau kehendak.
  • Duit daripada bahagian inilah digunakan untuk membayar hutang, bil-bil, makan-minum, keperluan diri, hiburan, membeli barang idaman dan sebagainya. Senang kata, daripada 90% duit gaji tadi, berbelanjalah sesuka hati asalkan segala komitmen tetap dibayar (hutang, sewaan, bil) dan tidak melebihi jumlah yang diperuntukkan.

4. Formula 30/20/10.

  • Apabila dapat duit gaji, asingkan dahulu 10% untuk simpanan dan pelaburan.
  • Baki 90% lagi akan dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu 30%, 20%, 20% dan 20%.
  • Untuk minggu pertama, akan gunakan bahagian 30% kerana kebiasaannya pada minggu ini banyak duit diperlukan untuk membayar komitmen tetap seperti hutang, sewa dan bil. Untuk minggu-minggu seterusnya, gunakan setiap bahagian 20% tadi.

Kawal perbelanjaan setiap minggu agar tidak melebihi daripada apa yang diperuntukkan untuk minggu tersebut. Jika ada lebihan, digalakkan untuk dimasukkan ke dalam tabung simpanan.

5. Formula 90/10 asas.

Formula ini sesuai untuk golongan yang berpendapatan tidak tetap atau yang berpendapatan kecil sahaja. Bak kata orang, duit gaji hanya cukup untuk cukup-cukup makan. Ia sama sahaja seperti point nombor 3, akan tetapi bahagian 90% untuk perbelanjaan jangan dibelanjakan sesuka hati pula, sebaliknya utamakan untuk bayar komitmen tetap dahulu.

Selepas bayar komitmen tetap, bakinya, jika ada barulah dibelanjakan untuk perkara-perkara lain.

Dan yang paling penting adalah jangan lupa amalkan sedekah jariah, ya! Kerana sedekah juga adalah salah satu ‘pelaburan’ yang sebenarnya dapat meningkatkan atau menggandakan simpanan anda.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen