Tanda-Tanda Anda Seorang Ibu Atau Bapa Yang Penuh Dengan Emosi Negatif.

Dalam hubungan kekeluargaan, semuanya bermula dari ibu bapa. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dan mampu untuk memberi aura positif pada suasana di rumah, supaya tidak dapat mempengaruhi emosi anak-anak menjadi negatif.

Dalam mendidik anak-anak, si suami tidak boleh mengharapkan dari isteri seratus peratus kerana anak-anak juga perlu didikan dari seorang bapa. Secara lumrah, seorang lelaki adalah lebih berfikiran rasional, abstrak dan praktikal manakala si ibu lebih mengutamakan emosi dan perasaan kasih sayang. Oleh sebab itu anak-anak perlu mendapat didikan yang seimbang dari ibu dan bapa.

Jika si ibu terlalu beremosi, ia akan menjurus untuk mempengaruhi anak-anak terikut-ikut dengan emosi si ibunya dan tidak mampu untuk berfikiran positif. Di sini perlunya bantuan si bapa untuk mempengaruhi dan membentuk anak-anak menjadi acuan yang betul. Jika kedua-duanya pula terlalu beremosi dan negatif, apakah tandanya pada anak-anak?

Jom kita lihat;

  • Sering menganggap anak sebagai bebanan.
  • Mudah panas baran dengan tangisan anak.
  • Mudah naik tangan pada anak.
  • Selalu bersangka buruk pada anak.
  • Selalu patahkan semangat anak sendiri.
  • Tidak boleh tahan mulut daripada kritik anak.
  • Suka malukan anak di depan orang ramai.
  • Tiada matlamat hidup yang jelas.
  • Emosi boleh berubah secara tiba tiba.
  • Sentiasa nampak salah anak tanpa fikir salah diri sendiri.

Perkara ini boleh diubah dan dibaiki jika anda sebagai ibu bapa cuba untuk;

  • Belajar cara mengawal perasaan marah.
  • Belajar berbaik sangka dengan takdir.
  • Belajar cari matlamat hidup sebenar.
  • Belajar ilmu parenting tanpa henti.
  • Belajar untuk kenal personaliti anak sendiri.
  • Belajar untuk untuk kawal emosi sendiri.
  • Belajar teknik tenangkan diri.

Oleh yang demikian, pasangan suami isteri harus belajar untuk mengenali sikap dan perasaan masing-masing terdahulu supaya dapat menguruskan anak-anak kelak. Jika si suami tidak tahan dengan kerenah isteri, jadi bagaimana untuk melayan kerenah anak-anak kecil versi anda sendiri kelak?

Jika si isteri tidak tahan dengan sikap suami yang kadang-kala diluar jangkaan, awal kahwin lain, selepas bertahun kahwin lain pula, jadi bagaimana untuk melayan tantrum anak-anak yang mudah berubah setiap masa kelak?

Jangan terlalu cepat dan mudah mengalah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen