“Jangan Panik, Enjoy The Moment…” Yana Samsudin Kongsi Tips Bila Anak Mula Tantrum.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila anda mempunyai anak kecil, maka sentiasa bersiap sedialah untuk berhadapan dengan tantrum. Di mana anak-anak anda ini mungkin akan menangis dan berguling-guling di khalayak ramai. Mungkin kerana mereka inginkan perhatian anda atau menginginkan sesuatu. Biasanya tantrum ini berlaku tanpa dijangka bergantung pada kanak-kanak tersebut.

Jika keadaan ini berlaku, biasanya ibu bapa akan rasa sedikit stress dan malu jika ia berlaku di hadapan orang ramai, malah terasa sakit telinga apabila anda menangis terlalu kuat. Ada juga sesetengah ibu bapa akan mula memarahi anak apabila anaknya mula tantrum.



Berikutan itu, Yana Samsudin, yang merupakan pelakon dan pengacara ini berkongsi cara beliau menangani tantrum yang dialami oleh anak sulung beliau iaitu Aisy Mateen, anak dari hasil perkahwinannya dengan Fadzil Zahari.

Menurut Yana, pertama kali anaknya itu mula tantrum adalah ketika mereka berada di expo Singapore, di mana pada ketika itu Aisy Mateen baru berusia 1 tahun setengah. Baginya itu adalah moment yang akan dirindui apabila anaknya besar nanti.

Apabila berhadapan dengan situasi begini, beliau berkongsi tips seperti jangan mudah panik, alihkan perhatian anak dan juga beberapa tips lain.

                   


“Bila ko tahu anak tengah berdrama....

Kami jadi penonton tiket paling mahal...

Kihkih...

Ok lah, Aisy Mateen start tantrum guling guling badan masa bulan puasa tahun lepas lagi masa umurnya 1 tahun setengah.. sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki.

1st time masa tu kat expo Singapore. Dia guling guling sambil nangis.. nasib hall expo tu carpet.. masa 1st time dia jadi macam tu saya cepat cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu terus suruh daddy Fadzil Zahari dia bawa dia dari situ..huhuhu .

Ya, tipsnya bila anak tantrum.

1st: Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai... paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum…

2nd: Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler... hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak... mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu.

3rd: Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya. .

4th: Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang fia buat tak betul kerana......... .

5th: Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih... .

Ok lah anak kalian tantrum start umur berapa?”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen