Peluklah Pasangan Anda, Sentuhan Dan Belaian Itu Merupakan Keperluan Emosi Kongsi Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila masih lagi baru diambang perkahwinan, kebanyakan pasangan akan sentiasa bersama pasangannya, dengan cuba memahami, memberi pelukan, dan juga sentiasa menyokong dirinya. Namun begitu, apabila sudah lama di alam perkahwinan, kebanyakan pasangan akan mula kurang memberi layanan kepada pasangannya terutama jika ia melibatkan sentuhan dan belaian.

Sedangkan dua perkara ini adalah perkara yang turut penting dalam hubungan suami isteri. Hal ini kerana, ia mampu mengeratkan hubungan malah membuat hubungan itu terus mekar seperti baru-bari berkahwin.

Menurut Najmi Nawawi, sentuhan dan belaian itu adalah satu keperluan emosi buat pasangan suami isteri. Jadi tidak salah sekiranya anda tarik dan memeluk pasangan anda secara tiba-tiba ataupun dengan kerap.


Jom ikuti perkongsian darinya.




Cuba-Cubalah Tarik Dan Peluk Isteri Sentiasa.

Ramai yang beranggapan bahawa memeluk isteri sudah tidak lagi relevan. Lebih-lebih lagi yang sudah lama berumah tangga. Apa salahnya, sambil-sambil melihat isteri lalu lalang di rumah itu, cuba-cubalah untuk tarik dan peluk seketika.


Kerana ketahuilah sentuhan dan belaian ialah satu keperluan emosi yang bukan sahaja diperlukan oleh seorang isteri tetapi juga pada seorang suami. Pelukan juga ialah lambang kebersamaan dalam menghadapi rintangan kehidupan.


"If I’m marrying you, I’m marrying your problems too".


Jadi bilakah waktu sesuai untuk beri pelukan kepada isteri?




1. Sebelum pergi ke kerja.


Tak perlu lama pun, kalau dapat 10 saat pun sudah mencukupi. Ia akan sangat membantu memberi kekuatan dan keyakinan buat kedua-dua pasangan bagi menghadapi hari baru yang penuh dengan cabaran.


2. Sewaktu menonton televisyen.


Kalau rumah pakai astro, sekali sekala langganlah astrofirst. Buat special sedikit untuk anda dan pasangan menonton bersama. Beri pelukan kepada pasangan sepanjang waktu menonton. Kalau tak biasa mungkin akan kekok tetapi lama-kelamaan boleh je sebenarnya.


3. Ketika isteri sedang di dapur.


Datangi dan rangkullah isteri dari belakang dan peluklah dirinya dengan mesra. Baik ketika sedang memasak dan juga membasuh pinggan. Isteri kalau letih pun akan dapat rasa hilang keletihan, dan lebih baik lagi anda pula yang menyambung kerja dan beri isteri peluang untuk rehat.


4. Waktu isteri merajuk.


Pelukan mungkin akan ditolak. Tetapi jangan risau, dan jangan putus asa. Kerana sebenarnya waktu isteri sedang merajuk inilah dia sangat perlukan pelukan cuma memang sudah sifat isteri untuk menguji kesungguhan pasangan.


5. Waktu tidur.


Inilah peluang terbaik untuk hormon cinta dan bahagia dikeluarkan. Kalau tak biasa memang akan kekok, jadi memang kena ajar diri dan pasangan untuk sesuaikan. Biar isteri tidur di atas lengan dan peluklah pasangan. Kerana percayalah isteri memang suka tidur berbantalkan suami sebenarnya.


p/s: Jika kata-kata cinta bagus untuk sentuhan minda, sebaliknya memberi pelukan pula bagus untuk sentuhan emosi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen