Serapkan 9 Tabiat Baik Ini Kepada Anak-Anak Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai ibu bapa, kita adalah contoh paling dekat yang mereka akan tiru dan ikut dalam setiap perkara. Sebab itulah apa yang anak-anak lakukan adalah berpunca daripada kelakuan ibu bapa mereka itu sendiri. Jika baik acuannya maka baiklah hasil yang bakal anda perolehi.

Tunjukkan kepada anak anda bahawa anda mengambil berat tentang mereka dengan menunjukkan contoh teladan, ikutan dan tabiat yang baik buat mereka.

Jadi ketika mereka masih kecil inilah kita perlu mula membentuk kelakuan, perangai dan sifat mereka. Orang kata, lentur buluh biarlah dari rebungnya. Berikut adalah perkara yang boleh anda serapkan pada anak-anak anda.




1. Berwarna-warni.

Makan makanan yang bukan sahaja menarik untuk dilihat – ia juga mempunyai manfaat kesihatan. Berwarna-warni tidak semestinya memerlukan bahan pewarna. Sebagai ibu bapa anda harus berusaha untuk memasuki buah-buahan dan sayur-sayuran dari pelbagai warna ke dalam hidangan harian untuk mereka.


2. Sarapan pagi.


Tanamkan rutin waktu makan biasa di zaman kanak-kanak dapat membantu menjadikannya satu kebiasaan yang baik apabila mereka dewasa. Ajarkan mereka tentang kepentingan sarapan pagi membantu:


         i. Mengaktifkan otak dan tenaga.

        ii. Membantu menjadikan mereka kuat.
       iii. Menghalang penyebaran penyakit kronik.

Tanpa bersarapan, anak anda akan berdepan dengan 4 kali kemungkinan menjadi obesiti. Serat tinggi yang terdapat dalam kebanyakan bijirin sarapan pagi dapat membantu mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung, namun tetap perhatikan kandungan gulanya.

3. Aktiviti fizikal.


Bukan semua kanak-kanak gemarkan aktiviti fizikal. Tetapi jika anak anda melihat anda aktif, mereka juga pasti akan berminat untuk menjadi aktif dan mencari aktiviti yang menyeronokkan.


Jika anak anda tidak menemui aktiviti yang mereka gemari, dorong dan berikan semangat buat mereka untuk terus mencuba dan cuba untuk aktif bersama mereka. Tunjukkan pelbagai aktiviti seperti berenang, memanah, atau gimnastik.


4. Sentiasa aktif.


Cuba pastikan anak anda dan anda tidak hanya membuang masa melepak dan menonton televisyen semata. Kanak-kanak yang menonton televisyen lebih 1-2 jam sehari berdepan risiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan, termasuk:

         i. Prestasi tidak memberangsangkan di sekolah.

        ii. Masalah tingkah laku, termasuk gangguan emosi, sosial dan perhatian.
       iii. Berat badan berlebihan.
       iv. Waktu tidur tidak teratur.
        v. Kurang bermain.
        vi. Membaca buku.

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang penting untuk anak anak di sekolah nanti dan untuk bekerja kemudian hari. Membaca dapat membantu membina keyakinan diri dan hubungan sosial anak anda dengan individu lain. Disarankan untuk menjadikan tabiat membaca sebagai aktiviti rutin anak anda. Ia boleh dimulakan seawal anak anda berusia 6 bulan.



5. Minum air.

Sentiasa menyampaikan mesej, “Air adalah baik dan sihat, minuman berkarbonat tidak sihat”. Walaupun anak anda mungkin tidak memahami alasan mengapa minuman berkarbonat atau air yang terlalu banyak gula tidak baik untuk kesihatan, anda sebagai ibu bapa boleh mencuba untuk membantu anak anda memahaminya dengan menerangkan sebab mengapa gula yang banyak berbahaya untuk kesihatan.


6. Perhatikan label.


Anak anda, kebiasaannya yang sudah remaja, pasti akan mementingkan label pada pakaian mereka. Ajarkan kepada mereka bahawa melihat label nutrisi makanan adalah lebih penting untuk kesihatan. Tunjukkan kepada mereka beberapa bahagian penting dalam label makanan seperti:


          i. Kalori.

         ii. Lemak tepu dan lemak trans.
        iii. Kandungan gula.

7. Makan malam keluarga.

Walaupun dengan jadual kerja yang sibuk, pastikan anda tetap mencuba untuk meluangkan masa untuk menikmati makan malam keluarga bersama. Keluarga yang dapat makan malam bersama akan dapat merasai beberapa kelebihan, seperti:


       i. Ikatan kekeluargaan semakin erat.

      ii. Tingkah laku anak anda lebih mudah dikawal.
     iii. Dapat makan makanan berkhasiat bersama.
     iv. Kurang potensi untuk anak anda obesiti atau berlebihan berat badan.
      v. Kurang potensi untuk anak anda terlibat dengan penyalahgunaan dadah, alkohol.

8. Memiliki rakan.

Mempunyai rakan atau teman adalah sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak. Bermain akan mengajar anak anda kemahiran komunikasi, kerjasama, dan penyelesaian masalah. Malah ia turut dapat mempengaruhi prestasi mereka di sekolah. Galakkan anda anda untuk membina persahabatan dan berikannya ruang untuk bermain bersama rakan-rakannya.

9. Kekal positif.

Kanak-kanak sememangnya mudah untuk patah semangat apabila ada perkara yang tidak menjadi atau tidak mendapat apa yang dikehendaki. Bantu mereka untuk belajar kekal positif serta menjadi lebih tabah, sabar dan tidak mudah putus asa, tidak kira apa cabaran yang mereka hadapi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen