10 Ciri Lelaki Seksi di Mata Wanita.

Oleh: Rafi

Bagi wanita, lelaki seksi ada ciri-cirinya yang tersendiri. Lelaki yang dikategorikan seksi tidak sama seperti apa yang lelaki tafsirkan seksi pada diri wanita. Seksi itu tidak tertakluk hanya pada segi pakaian semata-mata, malah seseorang individu lelaki itu boleh dikategorikan seksi jika si dia punyai segala jenis perkara ini. Jom ketahui 10 ciri lelaki seksi di mata wanita.



1. Si dia punya bakat.

Tidak kira jika si dia punya bakat dalam bermain gitar, punyai bakat dalam karya seni atau pun pada karya gambar yang diambilnya, wanita sukakan lelaki yang mempunyai semangat dan hobi tersendiri serta punya bakat pada hobi tersebut.

2. Pendengar yang baik.

Bagi wanita, lelaki yang mempunyai ciri-ciri sebagai pendengar yang baik dan setia adalah lelaki yang seksi. Mendengar segala luahan hatinya dan sentiasa ingat pada perkara yang wanita sukakan adalah satu ciri-ciri yang sangat menunjukkan lelaki tersebut seksi. Kebolehan dalam menjadi pendengar yang setia tanpa memberikan sebarang arahan atau perintah juga adalah bonus.



3. Punya akal yang bijak dan pandai.

Setelah semakin lanjut usia, ada satu sifat yang boleh membuatkan diri kita bersama selamanya. Ianya dipanggil kebijaksanaan. Seorang lelaki yang mempunyai kebijaksanaan itu mampu mendapatkan kehidupan dan cinta yang boleh bertahan sepanjang masa.

4. Senyuman yang menambat hati.

Secara fizikal, semua orang sukakan bentuk dan saiz badan lelaki yang berbeza. Tetapi, satu perkara yang paling wanita setuju dan secara drastik jatuh hati pada fizikal seorang lelaki adalah melalui senyumannya. Dengan susun atur gigi yang cantik dan rapi juga adalah bonus. Ini bermakna yang si jejaka menjaga kebersihan dirinya dengan teliti.

5. Baik hati.

Si dia baik kepada binatang. Si dia juga baik dalam melayani kanak-kanak. Si dia sentiasa mengingati serta menyayangi sahabat dan keluarganya. Ini sekali gus menjadi petunjuk yang si dia akan menjadi yang terbaik buat kita.



6. Pandai berjenaka.

Gelak ketawa adalah terapi paling terbaik dalam membendung segala momen duka dan perit dalam kehidupan seharian. Menjalani kehidupan bersama seorang lelaki yang mempunyai deria tawa dan boleh membuat anda tertawa ketika masa duka adalah calon lelaki yang terbaik sebagai peneman hidup. Ini juga boleh dikatakan sebagai lelaki seksi.

7. Berkeyakinan.

Cuba bertanya pada mana-mana wanita apa yang membuatkan lelaki tampak seksi dan kebanyakkannya menjawab ‘berkeyakinan’. Seorang lelaki yang percaya pada kemampuan diri dan tahu apa yang mereka inginkan serta membuatkan diri wanita rasa dalam keadaan selamat bersamanya adalah jenis lelaki yang seksi.

8. Hubungan mata.

Ramai wanita meletakkan jika si jejak boleh merenung dalam pada matanya adalah definisi kepada kejujuran dan seksi. Lelaki yang mempunyai mata yang cantik dan tidak takut untuk merenung terus ke mata wanita mampu membuatkan hati wanita cair dan tertambat dengannya. Ini kerana wanita sukakan perhubungan yang jelas dan romantik.



9. Tiada drama.

Jejaka yang mempunyai deria pemikiran yang bagus dalam menyelesaikan sebarang situasi masalah dan tidak membawa kepada sebarang drama, senarai bekas kekasih yang ramai atau isu putus cinta yang parah pada masa lampau adalah di kalangan lelaki yang mengagumkan dan menarik perhatian ramai wanita.

10. Nada suara.

David Beckham beruntung kerana punyai wajah yang kacak kerana dia tidak mempunyai suara yang seksi. Seorang lelaki yang sederhana macho dengan suara yang menambat hati wanita boleh meningkatkan level seksinya yang tersendiri. Cuba tambah sedikit loghat British ketika bertutur dalam bahasa Inggeris, sudah pastinya boleh membuatkan wanita jatuh hati padanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen