5 Tips Penting Dalam Pemilihan Jurufoto Perkahwinan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pemilihan jurugambar bagi menangkap segala momen-momen indah di hari perkahwinan itu adalah satu perkara yang penting. Mana tidaknya, anda pastilah ingin memastikan bahawa gambar yang diambil itu mengikut cita rasa anda. Rasa tidak lengkap majlis tersebut jika tidak diabadikan dalam satu kenangan yang boleh lihat berulang kali.

Tidak hanya itu sahaja, pemilihan jurugambar yang betul dan berpengalaman ini mampu mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Hal ini kerana, banyak sahaja kes-kes yang berlaku seperti selepas bertahun kahwin masing tidak dapat memiliki gambar perkahwinan, ada juga yang jurugambar hilang tanpa berita dan ada juga yang mengambil gambar dengan cara yang tidak menarik. Pasti anda mahu elakkan perkara sebegini berlaku bukan?



Berikut adalah tips yang perlu anda lihat dalam memilih jurugambar perkahwinan:

1. Senaraikan beberapa jurugambar pilihan anda.


Perkara paling utama yang perlu anda lakukan adalah dengan membuat senarai pendek jurugambar yang anda mahukan. Pasti anda telah meneliti berberapa jurugambar yang bersesuaian dengan kemahuan anda. Pastikan kesemua jurugambar tersebut mempunyai kemahiran dan pengalaman yang baik.


2. Bajet yang anda ingin keluarkan.


Ini adalah perkara yang paling penting dalam pemilihan jurugambar perkahwinan anda. Jika bajet anda tidak bersesuaian dengan jurugambar tersebut, anda pasti tidak boleh memilih pakej yang dirinya sediakan. Jadi adalah lebih baik anda terliti dahulu bajet yang akan anda keluarkan.


3. Tentukan liputan majlis yang ada mahukan.


Dalam majlis perkahwinan, ada tiga majlis utama, dua majlis sampingan dan satu tambahan yang akan anda tentukan sebagai kenangan anda.


Majlis utama:

       1. Akad nikah.
       2. Majlis bersanding belah perempuan.
       3. Majlis bertandang belah lelaki.

Majlis sampingan:
       1. Malam berinai.
       2. Khatam al-Quran.

Tambahan:
       1. Pre-wedding.

Penting untuk anda membuat pilihan yang mana bakal menjadi keutamaan anda. Hal ini akan memudahkan jurugambar menerangkan pakej yang bersesuaian dengan bajet anda.



4 . Kenalpasti jurugambar yang berdekatan anda.

Sebelum anda memilih jurugambar yang jauh dari tempat anda, adalah lebih baik anda lihat jurugambar yang terbaik disekitar anda. Adalah lebih baik anda memilih yang berhampiran anda. Ini kerana, ia akan menjimatkan lagi pengeluaran bajet anda.

Jika anda memilih jurufoto di luar kawasan, surcaj luar kawasan akan dikenakan. Surcaj biasanya meliputi:

1.Caj perjalanan (minyak & tol)
2.Caj penginapan (hotel)

5. Fahami pakej dan bandingkan hasil kerja.

Menjadi perkara penting untuk anda memahami pakej yang telah anda pilih. Bagi mengelakkan salah faham berlaku semasa dan selepas perkahwinan anda. Mana tidaknya, kadang kala ia berlaku kerana salah faham sahaja. Jadi fahami pakej yang telah anda pilih.

Pastikan anda lihat dan tahu betul-betul bagaimana hasil kerja photographer idaman anda dan cara mereka bekerja. Elakkan dari membayar booking tanpa ambil masa untuk lihat hasil kerja. Bandingkan vendor-vendor pilihan anda dari segi kualiti, produk akhir, harga, customer service & support. Pastikan team jurufoto anda mampu jalankan tugas dengan lancar.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen