Adakah Melakukan Solat Dhuha Boleh Membuatkan Seseorang Itu Kaya? Jom Baca Penjelasan Ini.

“Dah buat solat dhuha, tapi tak ada rezeki masuk pun…”

“Dah buat solat dhuha tak kaya pun…”

Pertimbang kembali niat kita untuk melakukan solat dhuha. Kenapa kita lakukan solat dhuha setiap hari? Sebab nak kaya semata-mata? Kaya dari segi harta semata-mata? Adakah rezeki kita hanya dari harta dan duit sahaja?

Bagaimana dengan kesihatan?

Pekerjaan?

Kelapangan?

Ibu bapa yang masih ada?

Jangan terlalu taksub melakukan solat dhuha semata-mata untuk kaya, akan tetapi tidak pula melakukan solat 5 waktu yang wajib itu. Secara asasnya, solat Sunat Dhuha adalah dimana seseorang itu berasa bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan oleh Allah SWT. Kita sebagai hamba-Nya berterima kasih kepada-Nya kerana telah memberikan rezeki yang tidak terjangka.

Ini bermaksud kita rasa sangat-sangat bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan.

Ramai yang beranggapan dengan melakukan solat dhuha, maka ia bermaksud dengan meminta rezeki yang masih belum dapat ataupun mahu rezeki yang lebih banyak. Secara asasnya, solat dhuha boleh dilakukan dengan beberapa rakat, bukan 2 rakaat semata-mata. Ini kerana semakin banyak rakaat, sudah tentu kita sebagai hamba akan lebih banyak bersujud pada-Nya, dan Allah lebih suka pada mereka yang lebih lama bersujud.

Dengan sujud ini kita berasa bersyukur seperti Allah SWT berfirman dan berjanji akan menambah nikmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya sekiranya kita bersyukur.

Jadi, solat Dhuha itu adalah penarik rezeki bagi mereka yang BERSYUKUR.

Apabila tersilap niat dan langkah, oleh kerana itu ramai sahaja berasa buat dhuha banyak kali tapi tak dapat apa-apa. Sebab apa? Sebab tidak bersyukur dengan bersungguh-sungguh dengan rezeki yang ada. Kita berfikir, dengan buat solat dhuha nak rezeki….nak rezeki….nak lagi rezeki….namun tidak bersyukur dengan rezeki yang ada.

Selain daripada solat Dhuha jangan lupa terdapat banyak kaedah untuk mendekatkan diri dengan Allah supaya dilimpahkan rezeki seperti;

1. Melakukan solat 5 waktu secara berjemaah, adalah lebih baik lakukannya di masjid.

2. Melakukan banyak solat sunat, bukan solat dhuha sahaja seperti Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat dan lain-lain lagi.

3. Membaca Surah Al-Waqi’ah.

4. Duduk dengan lebih lama di atas sejadah, usai sahaja solat. Berdoalah bersungguh-sungguh selepas berzikir.

5. Amalkan membaca Al-Ma’thurat setiap pagi dengan petang.

6. Membaca zikir ini setiap hari Laa hawla wala quwwata illaa billah di setiap selesai solat fardhu.

7. Membaca Yaasin setiap pagi usai sahaja subuh.

Solat Dhuha bukan sahaja tanda hamba-Nya bersyukur dan untuk penarik rezeki, ia juga untuk ketenangan jiwa.

Rasulullah SAW  bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

Di samping itu;

  • Zakat wajib dibayar sebelum bersedekah.
  • Wajib jauhi riba dengan tutup akaun-akaun tidak patuh Shariah dan buka akaun perbankan Islam.
  • WAJIB BAYAR HUTANG TERDAHULU.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen