Resepi Membina Sebuah Keluarga Bahagia, Mari Amalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Bermula dengan sebuah perkahwinan yang harmoni hinggalah pembentukkan keluarga bahagia, ia pasti menjadi idaman buat semua manusia. Membentuk sebuah keluarga bahagia itu bukanlah satu hal yang sukar, terutama jika anda mendapat kerja sama yang baik daripada pasangan anda.

Namun, ia juga bukan datang bergolek, maka ia perlukan usaha daripada pasangan yang terlibat. Jangan hanya berharap keluarga bahagia itu akan terbentuk sendiri jika ketua sebuah keluarga tidak memulakan langkahnya. Jadi bagaimana membina keluarga bahagia?



Berikut adalah cara-caranya:

1. Makan malam bersama.


Jika siang hari masing-maisng sibuk dengan urusan yang perlu diselesaikan, maka jadikan makan malam adalah acara yang perlu dihadiri oleh setiap ahli keluarga anda. Bukan itu sahaja, jadikan makan malam ini sebagai amalan dalam keluarga anda. Berdasarkan kajian menunjukkan kanak-kanak yang turut serta dalam aktiviti makan malam bersama keluarga mereka kurang berpontensi untuk melakukan gejala sosial yang sangat membimbangkan seperti merokok, minum arak, mengandung bawah umur ataupun bunuh diri. Selain itu, kanak-kanak yang turut serta dalam aktiviti makan malam bersama keluarga mereka juga cenderung mempunyai diet yang seimbang, adab dan bahasa yang baik serta keyakinan diri yang tinggi.


2. Sentiasa saling bergaul dan berkomunikasi antara satu sama lain.


Apabila zaman semakin canggih, kekurangan berkomunikasi dan saling bergaul ini menyebabkan seseorang itu mula menjauh antara satu sama lain. Sedangkan komunikasi serta pergaulan yang baik ini amat penting dalam membentuk sebuah keluarga. Komunikasi dan pergaulan ini akan membuat antara keluarga akan menjadi lebih erat sekaligus mewujudkan suasana gembira dalam kalangan ahli keluarga anda.


3. Perihatin terhadap aktiviti anak-anak.


Anak-anak selalunya akan sentiasa sibuk dengan urusan persekolahannya, malah ia juga ditambah dengan pelbagai aktiviti sampingan yang lain hingga mereka ini selalu keletihan. Namun begitu, keletihan mereka ini akan cepat hilang sekiranya ia mendapat sokongan, semangat sera perhatian daripada anda. Sebagai contoh, anda memberi galakan kepada dirinya terhadap satu aktiviti yang dilakukan. Tapi apabila mereka alami kekalahan atau apa pun, anda tidak sepatutnya memarahi atau kecewa terhadap kesilapan anak anda itu. Sebaliknya, anda boleh melegakan mereka dengan mengatakan mereka telah melakukannya dengan baik dan jangan sesekali putus asa.



4. Mencipta tradisi.


Kanak-kanak yang mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga mereka cenderung untuk mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Sebagai contoh, anda boleh memulakan tradisi keluarga anda seperti masak bersama ahli keluarga pada malam minggu atau mencipta satu tradisi unik keluarga seperti ungkapan atau kata semangat yang hanya anda dan ahli keluarga anda ketahui. Tradisi keluarga memberikan kanak-kanak satu identiti diri yang boleh dibanggakan. Meskipun tradisi ini dilihat remeh bagi kebanyakan ibu bapa, ini sebenarnya sangat penting untuk anak-anak.


Antara contoh acara yang boleh dilakukan adalah mencipta lagu tema untuk keluarga anda dan mencipta rutin yang boleh dilakukan oleh ahli keluarga pada setiap minggu seperti menonton wayang atau bermain boling. Acara-acara yang dilakukan secara berulang kali ini akan secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.


5. Membahagi tugas.


Penggunaan senarai semak ketika melakukan kerja-kerja rumah akan mencipta kesaksamaan dalam keluarga. Anda boleh bahagikan senarai semak ini kepada tiga bahagian iaitu perkara yang perlu dilakukan, perkara yang sedang dilakukan dan perkara yang sudah dilakukan. Dengan pembahagian senarai semak ini, ahli keluarga anda dapat bersama membahagikan tugas sesama mereka. Ini sekaligus akan menyemai sifat kerjasama dalam kalangan ahli keluarga anda sekaligus mengecapi keluarga yang bahagia.


Kesimpulannya, keluarga bahagia adalah bermula dengan ibu bapa yang bijak mencari jalan untuk mengeratkan sesebuah hubungan. Ia perlu dimulakan dari awal, barulah ia akan menjadi satu kebiasaan yang akan diterapkan dalam diri mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen