Ajar Anak Remaja Anda Untuk Mementingkan Bau Badan. Jom Ikuti Tips Ini.

Menjadi anak muda remaja, bukan sahaja mudah memberontak malah hormon dalam tubuh badan mereka ketika ini juga tidak stabil. Dengan berjiwa muda, sudah tentu banyak perkara yang ingin dilakukan sehingga tidak fokus pada penjagaan diri sendiri. Sebagai ibu bapa, ajarlah anak-anak untuk mementingkan penjagaan diri terutamanya dalam menjaga bau badan.

Isu ini amat penting dalam menjaga penampilan dan menjurus kepada sosial anak-anak kelak.

Pasti ibu bapa pernah terdengar anak-anak sering diejek kerana bau badannya yang tengik dan tidak menyenangkan. Jadi peranan ibu bapa adalah untuk;

1. Mengajar anak untuk mengamalkan makan herba dan rempah ratus.

Amalan memakan herba dan rempah ratus seperti ‘Medicago Satina’, ‘Petroselinum Crispum’, dan ‘Rosmarinus Officianlis’ dapat membunuh bakteria di dalam tubuh yang menjadi penyebab utama bau badan akibat berpeluh. Satu lagi cara adalah menggunakan air rebusan sireh yang dicampur garam sebagai air mandian untuk menghilangkan bau badan. Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

2. Menjaga pemakanan anak-anak yang seimbang.

Masalah bau badan juga boleh berlaku sekiranya anda mahupun anak anda tidak menjaga pemakanan dengan baik dan teratur. Pemakanan yang seimbang boleh membantu mengawal metabolisme badan sekaligus dapat mengawal berat badan. Amalan minum air masak sebanyak 8 gelas sehari juga dapat membantu membuang toksin dalam badan yang mengakibatkan masalah bau badan.

3. Pastikan anak-anak menjaga kebersihan tubuh badan.

Anak muda remaja adalah golongan yang hyperaktif dan sangat produktif kerana memiliki tenaga yang banyak berbanding dengan golongan dewasa. Jadi, apabila terlalu aktif pasti tubuh badan mudah berpeluh, jadi ajarlah anak-anak untuk memastikan badan dijaga dengan bersih dan baik. Malah selepas melakukan pelbagai aktiviti yang berpeluh, pastikan badan mereka kering terlebih dahulu sebelum mandi.

4. Pastikan anak-anak kenal apa itu Deodoran?

Kalau boleh gunakan deodoran yang sesuai supaya tidak berlaku sebarang iritasi kulit selepas penggunaannya. Carilah deodoran jenis anti peluh supaya baju di bawah lengan tidak basah yang boleh mencacatkan penampilan.

5. Elakkan menggunakan pelbagai semburan wangian.

Ramai menggunakan wangian sebagai penyelamat kepada masalah bau badan. Namun, harus diingat penggunaan wangian semasa badan berpeluh boleh menimbulkan bau yang lebih busuk dan tengik. Pastikan anak anda menyembur minyak wangi selepas mandi kerana pada waktu itu, badan mereka dalam keadaan bersih dan segar.

6. Amalkan menggunakan timun muda.

Anda dan anak-anak sama-sama mengupas timun muda, dan pastikan mereka menggosok timun tersebut pada bahagian badan yang berpeluh. Lakukannya sejurus sahaja selepas mandi. Semakin kerap anda mandi, semakin bagus hasilnya digosokkan dengan timun muda tersebut.

Semoga Bermanfaat dan Selamat beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen