Ajar Anak-Anak Anda Untuk Menjadi Berdikari Sejak Dari Kecil.

Bijak berdikari atau ‘survivor’ adalah seseorang yang tahu menguruskan diri sendiri dari segi emosi, keperluan sosial, keperluan fizikal, barangan harian, dan sebagainya. Ya, anak-anak wajib diajar menjadi ‘survivor’  agar mereka dapat berdikari apabila kita tidak bersama mereka kelak.

‘SURVIVOR’  HARUS BIJAK MENGURUSKAN DIRI.

Menguasai kemahiran pengurusan diri seiring dengan tahap perkembangan anak adalah sangat penting.

  • Jika anak berusia 3 tahun, sepatutnya mereka sudah boleh diajar untuk mengemas permainannya ke dalam bekas.
  • Jika anak berusia 5 tahun, sepatutnya mereka sudah tahu mengemas barangnya sendiri di pra-sekolah tanpa bantuan guru.
  • Jika anak berusia 6 tahun, mereka sepatutnya sudah tahu menjaga kebersihan diri yang asas dan tahu menyesuaikan keperluan dirinya dengan keperluan persekitaran. Sebagai contoh, jika di tadika, anak ini sudah tahu untuk menyimpan baju persalinannya di dalam beg sendiri.

KENAPA PENTING UNTUK ANAK BELAJAR MENJADI ‘SURVIVOR’?

Mempunyai keupayaan mengurus diri adalah ‘essential’  atau keperluan yang sangat penting untuk anak-anak. Seorang anak yang tahu menguruskan dirinya akan :

  • mudah menguruskan emosinya.
  • mudah bergaul dengan rakan.
  • tahu mempertahankan dirinya daripada dibuli.
  • berdisiplin dan teratur dalam menyiapkan tugasannya.
  • tahu tanggungjawabnya di sekolah dan di rumah.
  • tahu tanggungjawabnya sebagai seorang inidividu (pelajar, anak, rakan).
  • mudah berempati dengan orang lain.
  • boleh berbincang jika tidak dapat apa yang dimahukannya.
  • mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.

Sekiranya anak tidak diajar untuk menjadi ‘survivor’, perkara sebaliknya akan berlaku dan anak pasti akan berasa tertekan.

Lakukan 3 perkara ini untuk membantu anak menjadi ‘survivor’;

  • Biar anak belajar buat sendiri.
  • Biar anak belajar selesaikan sesuatu perkara itu sendiri.
  • Biarkan anak belajar bantu diri sendiri.

Ibu bapa yang bersikap terlalu ‘protective’  akan menyebabkan anak menjadi takut-takut dan kurang keyakinan diri.

TANDA-TANDA ANAK YANG KURANG YAKIN DIRI.

Berikut merupakan tanda-tanda anak yang kurang keyakinan diri :-

  • Kelihatan terlalu pemalu apabila bersama dengan orang yang tidak dikenali.
  • Sukar menjawab soalan apabila ditanya.
  • Sering mengadu dengan luahan dirinya sebagai ‘victim’ atau mangsa (contoh: “kawan-kawan tak bagi saya main buaian”).
  • Terlalu takut apabila melakukan kesalahan.
  • Tidak tahu bagaimana untuk membetulkan kesalahannya.
  • Tidak suka apabila diberi aktiviti atau latihan di luar ruang selesanya (contoh : membuat latihan yang sedikit sukar berbanding yang biasa dibuatnya).
  • Sukar bernegosiasi.
  • Kelihatan sering melawan atau memberontak di sekolah (ada anak memberontak secara diam, ada anak yang memberontak secara lebih vokal).

Anak yang mempunyai tanda-tanda di atas memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam usaha membentuk mereka untuk menjadi ‘survivor’.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen