Para Ibu Bapa Jangan Tertekan Dengan Soalan “Bila Nak Tambah Anak Lagi?” Kerana….

Sudah menjadi kebiasaan, masyarakat atau netizen zaman sekarang amat ‘prihatin’ dengan kehidupan individu lain. Sentiasa bertanyakan soalan yang tiada di depan mata. Selagi sesuatu perkara tidak terjadi, selagi itu ramai sahaja yang akan menjadi ‘prihatin’ dan mengambil berat tentang kita dan salah satu perkara adalah tentang anak.

“Bila nak dapat anak lagi…”

“Laaaa….sorang je ke anak…”

“Jauhnya jarak anak, nanti dah tua susah nak dapat anak…”

Dan seumpama dengannya.

Masyarakat kita terlalu memandang, jumlah anak adalah kebahagiaan sesebuah keluarga.

Anak adalah salah satu aspek dalam keharmonian keluarga, akan tetapi ia memerlukan kata sepakat antara suami dan isteri dan bukan bergantung pada kata sepakat pihak ketiga. Jadi, jangan terlalu mendengar kata-kata pihak luar ini.

Jika terlalu mendengar kata-kata pihak luar, ia akan memberi kesan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Suami atau isteri yang terlalu tertekan akan hidup dalam kesengsaraan. Kesannya hubungan suami isteri menjadi berantakan apabila dibiarkan.

Bukan sahaja hubungan antara suami dan isteri memerlukan kekuatan fizikal dan mental, malah hubungan sesama anak-anak juga memerlukan kesihatan mental yang kuat. Menurut Islam juga, pentingnya strategi dalam merancang keluarga dan kehamilan, ini kerana persediaan menjadi ibu dan bapa memerlukan kekuatan mental.

Menurut kajian pula, waktu yang baik untuk hamil adalah sekitar usia 20 hingga 35 tahun, kerana fizikal seorang isteri ketika itu kuat dan kurang terdedah dengan risiko kesihatan. Namun, ia semua bergantung dengan takdir Allah SWT. Akan tetapi jika tidak berusaha dan berdoa, maka tidak akan jadilah selaras dengan sangkaan kita.

Menurut kajian lagi, pasangan suami isteri seharusnya perlu merancang hamil untuk jarak 2 tahun kerana ketika itu, kesihatan si ibu sudah terjamin. Malah sudah cukup memberi perhatian kepada anak yang pertama. Tidaklah anak pertama berasa terabai dan tidak cukup perhatian. Kadang-kala ada juga segelintir anak-anak merajuk kerana memiliki adik dalam keadaan masa yang tidak terjangka.

Anda perlu tahu sekiranya seorang ibu hamil dalam keadaan yang tidak bersedia, kemungkinan akan terjadi seperti;

1. Tidak cukup untuk mengenali pasangan, kerana menurut kajian fasa bulan madu untuk pasangan baru berkahwin mengenali antara satu sama lain adalah sekurang-kurangnya 5 bulan. Mengenali pasangan adalah penting dalam resipi perkahwinan supaya hubungan menjadi stabil dan betul-betul bersedia untuk menimang cahaya mata.

2. Kehamilan yang tidak dirancang akan menganggu emosi wanita. Seperti yang kita tahu, kaum wanita memang penuh dengan emosi, lebih-lebih lagi dalam hubungan perkahwinan, emosi memainkan peranan yang sangat besar. Oleh kerana itu, suami isteri yang baru berkahwin perlu memberi ruang dan peluang untuk mengenali diri masing-masing.

Tidak hairan sekiranya, zaman sekarang, baru beberapa bulan berkahwin sudah bercerai. Ini terjadi disebabkan tiada give and take dari segi emosi.

3. Ada juga segelintir daripada para ibu membuat keputusan untuk menggugurkan anak jika tidak merancang kehamilan. Ia daripada tekanan emosi, dan disinilah perlunya seorang suami bertindak sebagai pemimpin yang adil dan saksama. Bertindaklah dengan rasional.

Jadi, para ibu bapa jangan berasa amat tertekan dengan soalan-soalan tentang anak ini, kerana perkara sebegini memerlukan kata sepakat antara anda berdua sahaja, bukan termasuk individu yang lain. Bahkan untuk memiliki cahaya mata memerlukan persediaan yang cukup dari segi semua aspek.

Semoga Menjadi Ibu Bapa Yang Bijak!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen