Wanita Ini Kongsi Tips Manjaga Solat Bagi Mereka Yang Memakai Makeup.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita sememangnya sukakan kecantikan dan itu bukanlah perkara yang asing bagi seorang wanita. Bagi wanita, mengenakan makeup pada wajah adalah bertujuan untuk menambah keyakinan diri dan juga menambah seri di wajah. Boleh dikatakan kebanyakan wanita kini hampir mengenakan makeup pada wajahnya walaupun hanya sekadar makeup yang nipis dan sederhana seperti menggunakan gincu, bedak, pembayang mata, pemerah pipi dan lain-lain.

Namun begitu, ada yang terlalu sayang akan makeupnya itu sehingga mereka ini memilih untuk meninggalkan solat berbanding membuang makeupnya daripada wajahnya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, terutama bagi wanita-wanita yang beragama Islam dan boleh mengerjakan solat.

Buat wanita-wanita yang selalu bingung untuk menguruskan makeup di wajah dan di samping itu ingin menjaga solat, sedikit perkongsian yang mungkin memberi manfaat kepada wanita-wanita diluar sana. Ikuti perkongsian daripada Puan Nurbaizura SaNi ini.



                     

Sedikit tips buat korang yang nak Pakai Mekup dan disamping Menjaga Solat.

Setiap wanita memang suka cantik dan nak cantik, tak salah cuma kena bersederhana dalam berhias. Walaupun kita mekup tapi kita Wajib menjaga solat kita.


Kakzura selalunya akan pakai mekup seperti biasa juga. Pakai pelembab, foundation, lipstik, mascara dan eyeliner. Cuma kakzura pilih lah yang jenis ringan dan mudah tanggal. Tapi kakzura nak share lima benda paling best kakzura selalu guna :

1. Sediakan wipe tissue dalam kereta.

10 minit sebelum korang berhenti di surau berhampiran, korang terus je cuci mekup tu pakai wipes tissue. So sambil suami cari surau atau parking korang banyak masa nak bersihkan sisi mekup dan kotoran. Kalau dah sampai surau baru nak bersihkan lama pulak ambik masa, kita pun terkejar-kejar nak bersihkan mekup. Kalau korang guna mekup remover pun boleh tapi kakzura jenis lupa sebab sibuk dengan anak. Standby je wipes dalam dashboard.


2. Pilih fondation yang tidak berat dan heavy.


Walaupun sekarang terdapat pelbagai produk foundation mesra wudhuk korang tetap kena cuci bersih- bersih wajah korang. Cuma produk mesra wudhuk ni bagus sebab tiada bahan-bahan terlarang dalam tu dan senang cuti. Senang cuci bukan bermaksud boleh terus ambik air sembahyang. Kena bersihkan dulu dengan wipes tissue atau mekup remover.


2.Pilih Mascara jenis peel off.


Mascara jenis ni selalu senang nak bersihkan dan mudah tanggal jika terkena air. Caranya basahkan kelopak mata kemudian biarkan sekejap dan terus korang gosok-gosok bahagian mata tu. Pastikan korang bersihkan betul-betul semasa ambik air sembahyang tu.



3.Cari Eyeliner jenis peel off.


Sama juga kakzura memang suka beli jenis eyeliner peel off ni sebab bila kena air dia mudah tanggal. Cara nak bersihkan sama dengan mascara jugak. Just basahkan dengan air dan gosok secara perlahan.


5.Lipstik.


korang pakai je apa-apa lipstik yang senang cuci. sekarang banyak orang jual di online. walaua apapun wajib tanggalkan sebelum ambil wudhuk.


Selesai solat boleh lah mekup macam biasa. Just simple dan nampak natural je bagi manis dipandang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen