Bulu Akan Lebih Lebat Apabila Dicukur, Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering kali kita dengar akan perbuatan mencukur bulu ini akan membuatkan bulu tersebut semakin lebat. Bukan itu sahaja, anda juga yang menyatakan bahawa perbuatan ini akan membuatkan kulit di bahagian tersebut akan mengalami kekeringan.

Biasanya orang lelaki akan kurang mencukur bulu dibahagian kakinya melainkan pada sekiatr wajahnya sahaja. Berlainan pula denganorang perempuan, mereka ini akan mencukur bulu-bulu yang terdapat pada bahagian kaki dan tempat-tempat lain. Jadi apabila perkara sebegini tersebar, maka mereka ini akan menjadi ragu-ragu dan bimbang sendiri. Biasalah, wanitakan suka overthinking.



Dalam banyak-banyak perkara yang kita dengar, adakah kesemua perkara tersebut benar atau sedar mitos yang hanya dipanjangkan daripada orang lain.

Apa kata kita dapatkan info sebenar daripada Dr Amirul Nazri Dato’ Wan Nawawi (M.D), Prinz Medical Clinic & Prinz Giampapa MediSuite and Anti-Aging Center tentang mitos dan fakta berkaitan isu ini.

Mitos: Bercukur boleh dilakukan pada bila-bila masa saja, bukan hanya pada waktu mandi

Fakta: Sebaiknya selepas mandi kerana liang roma lebih bersih dan terbuka. Kulit juga lebih lembut dan bulu roma lebih bersih lantas mengurangkan risiko infeksi kulit.

Mitos: Shaving cream atau shaving foam tak penting, cukup sekadar guna sabun

Fakta: Lebih baik guna shaving cream kerana ia di formulasi untuk melembutkan dan mengurangkan iritasi pada kulit.

Mitos: Arah bercukur tak penting, yang penting dicukur dengan kemas dan bersih

Fakta: Sebaiknya bercukur mengikut arah bulu tumbuh, ia dapat mengurangkan risiko infeksi pada liang roma dan mengurangkan iritasi pada kulit.


Mitos: Bercukur mampu membuatkan bulu tumbuh lebih lebat dan kawasan cukur menjadi gelap

Fakta: Kekerapan bercukur tidak mempengaruhi kadar pertumbuhan bulu dan kawasan cukur lebih gelap. Cuma bulu baru mungkin tumbuh lebih kasar dari sebelumnya.

Mitos: Bercukur boleh menjadikan iritasi pada kulit

Fakta: Benar jika tidak menggunakan pelembut kulit atau dilakukan dengan teknik yang salah.

Mitos: Pisau cukur boleh digunakan selagi tidak berkarat

Fakta: Sebaiknya pisau cukur pakai buang digunakan sekali sahaja bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Apa-apa pun, antara bercukur dan waxing, Dr Amirul lebih menganjurkan waxing kerana lebih hygenic dan kurang berisiko untuk luka pada kulit. Kalau nak bercukur pula, korang perlu sentiasa memastikan pisau cukur yang digunakan bersih dan tajam. Nak diingatkan juga, pisau cukur tu tidak boleh dikongsi ya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen