Lelaki Ini Kongsi Cara Mengumpul Deposit Rumah Dengan Lebih Mudah, Sesuai Untuk Anak Muda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja pasti mengidamkan untuk mempunyai rumah yang tersendiri. Mana tidaknya, ia bagaikan salah satu tanda dalam kesenangan hidup. Bukan itu sahaja, membeli rumah ini juga merupakan cita-cita mereka yang telah penat menyewa rumah.

Namun begitu, mengeluarkan deposit untuk membeli sebuah rumah bukanlah satu yang mudah. Selain daripada kena displin, ia juga memerlukan tekad yang kuat. Mana tidaknya, bukan sikit nak buat deposit rumah, kalau tidak bersungguh-sungguh memang tak cukuplah.

Sedikit perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini akan cara-cara yang mudah untuk menyimpan deposit rumah. Jadi buat mereka yang ada cita-cita ingin memiliki sebuah rumah, semoga ia jadi pandaun buat anda.



10 Panduan Mudah Untuk Mengumpul Deposit Rumah

***********************************************

Panduan ini khusus untuk graduan muda.

yang baru bekerja ataupun yang masih belajar di universiti. Bagi yang sudah meningkat usia dan masih dalam dunia khayalan pun boleh baca juga.

Bila dah ada segulung ijazah dan bergaji, kau akan mula melangkah ke alam kehidupan yang seterusnya sebagai seorang yang lebih dewasa dan perlu menguruskan kehidupan dengan pendapatan sendiri.

***

Antara cara yang kau boleh buat adalah;

1. Mulakan menabung. Menabung itu mudah tetapi sukar untuk dibuat. Jika tak konsisten, gaji kau akan hilang entah ke mana. Tak dapat dikesan.

2. Buat tabung kumpul Si Hijau (RM5) atau Si Oren (RM20) supaya dapat memupuk minat untuk menyimpan. Bila tengok tabung dah banyak dengan Si Hijau atau Si Oren, mesti kau orang akan teruja. Nak belanjakan pun rasa sayang. Tak percaya, cubalah buat.

3. Masa kau bujang, kau mampu untuk menyimpan lebih banyak. 50%-70% daripada gaji biasanya. Sebabnya kurang komitmen. Jangan asyik makan dekat kedai hipster je. Dah la makanan sikit, kenyang sekejap je.

4. Kau buat bajet bulanan supaya perbelanjaan tidak lari daripada yang sepatutnya. Jika kau gagal untuk merancang, kau merancang untuk gagal.

5. Kau tak perlu nak berjalan-jalan ke luar negara dengan awek sebab nak cipta kenangan indah bersama. Tetapi menyimpanlah bersama untuk buat deposit rumah dan tabung perkahwinan. Lepas dah kahwin, bolehlah pergi berjalan sama-sama.


6. Kau kena mula melabur dalam instrumen pelaburan yang diyakini dan dijamin kerajaan secara konsisten. Buat ASB Financing, unit amanah ataupun potongan ke Tabung Haji.

7. Kau perlu tangguhkan kehendak. Hidup di bawah kemampuan. Biarkan orang lain bergaya dan up to date. Yang penting kau tahu pengorbanan untuk 5 tahun yang pertama ini akan buat kau senang untuk 30 tahun yang akan datang.

8. Kau perlu kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan. Ada banyak cara untuk menambah pendapatan. Jual secara online, dropship, ejen takaful dan sebagainya.

9. Kau jangan terus beli kereta import mewah yang ansuran dekat RM1000 sebulan. Duit minyak kereta dah RM300. Habis dekat separuh gaji. Kau beli kereta yang ansurannya lebih murah. Baki daripada gaji dapat beli rumah.

10. Gaji tinggi tak guna jika ada hutang yang banyak. Semua hutang kau bantai. Nak kahwin pun berhutang. Beli perabot, telefon pintar pun berhutang. Kurangkan hutang yang tak perlu.

***

Kau perlu tangguh nikmat hidup bila dah mula dapat gaji. Tangguhkan kehendak di usia muda. Kau kena amalkan 'Delayed Gratification'.

Nafsu muda, nafsu nak beli itu ini serupa tiada hari esok. Kehendak yang menggunung memang selalu wujud. Tapi ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Ambil perlindungan takaful di usia muda. Jangan pernah kata rugi je ambil takaful sebab kau tak perlukan lagi.

Amalkan simpan dahulu sebelum berbelanja. Bayar dulu diri sendiri sebelum habiskan duit gaji membeli belah.

Pengurusan kewangan tidak diajar di universiti. Jadi, kau sendiri kena usaha untuk belajar. Jangan nak tunggu orang suap saja. Laburkan sedikit duit untuk pergi ke kelas pelaburan atau beli buku kewangan.

Kejayaan sebenar dalam hidup kau ialah memberi manfaat kepada orang lain, bukan sekadar kejayaan mendapatkan segulung ijazah. Ingat tu.

Kau boleh memperbaiki kesilapan suatu hari nanti tetapi orang yang bijak akan belajar daripada kesilapan orang lain. Kah!

[ASY]

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen