Bagi Pasangan Yang Baru Berumah Tangga, Ini Strategi Untuk Anda Berjimat Dalam Perbelanjaan Harian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas berkahwin, pasti hala tuju hidup anda akan mula berubah. Jika dahulu anda mula menyimpan wang demi mengadakan majlis perkahwinan yang meriah tapi kini anda mempunyai cita-cita untuk membeli rumah, bercuti bersama pasangan serta menyedikan keperluan bagi anak-anak kelak. Maka anda perlu berjimat cermat dalam perbelanjaan malah harus mempunyai simpanan.

Selalunya orang yang baru berkahwin ini memikirkan keseronokan hidup bersama sehingga lupa untuk menyimpan wang bagi kegunaan masa depan. Sebenarnya, jika anda sentiasa bersedia untuk mempunyai simpanan bermula dari sekarang, ia akan membantu anda pada masa akan datang. Jadi bagaimana nak berjimat dalam perbelanjaan?



Berikut adalah cara-caranya:

1. Kurangkan kos dating.

Pergi ke restoran mewah, menghadiri konsert, dan bercuti di luar negara adalah beberapa contoh anda sedang membazir dalam perbelanjaan anda. Jika anda ingin mempunyai simpanan, maka anda perlu pergi berdating bersama pasangan di tempat yang murah dan lebih berbaloi. Mungkin anda boleh cuba pergi ke tempat-tempat biasa seperti kedai mamak, kedai di tepi jalan, menonton wayang ataupun berdating sahaja di rumah.

2. Kurangkan bil yang tidak perlu.

Ketika anda masih bujang mungkin anda perlukan beberapa perkara untuk melengkapi kesunyian di dalam hidup anda, maka anda akan melanggan sebagai pelanggan tetap gym, melanggan siaran tv berbayar, dan lain-lain lagi. Tapi kini, anda tidak perlu semua itu kerana telah memiliki pasangan. Apa kata anda tidak lagi melanggan perkara tersebut.

                         

3. Bercuti di tempat yang murah.

Apabila bulan madu, pasti ramai orang memilih luar negara sebagai pilihan utama. Tapi jika anda ingin berjimat, pilih sahaja tempat berbulan madu di dalam Malaysia dan lebih murah. Anda dan pasangan pasti belum habis pusing satu Malaysia lagikan? Jadi inilah masanya.


4. Gabungkan pendapatan kalian.

Sekiranya anda dan pasangan anda bekerja, maka anda boleh mula menggabungkan bajet isi rumah menjadi satu. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda untuk menguruskan perbelanjaan isi rumah anda tapi pastikan anda sentiasa membuat simpanan peribadi.

5. Bincangkan isu kewangan bersama.

Apabila anda membuat pelan simpanan, kunci penting yang mesti difahami ialah mengetahui tujuan mengapa anda perlu menjimatkan wang. Bukan hanya tentang penjimatan, anda juga perlu bersikap jujur dan terbuka dengan pasangan anda mengenai hutang, kad kredit, dan isu kewangan lain.

                        

6. Jangan guna kad kredit.

Jika anda ingin lakukan simpanan secara konsisten, maka elakkan diri anda daripada menggunakan kad kredit. Hal ini kerana, kad kredit ini hanya akan membuat anda hilang kawalan dalam perbelanjaan malah ia juga akan membuatkan beban isi rumah anda sendiri.

7. Jangan berhutang.

Jika anda mempunyai hutang, maka lebih baik anda fokus kepada untuk menyelesaikan segala hutang-hutang tersebut. seterusnya barulah anda boleh merancang untuk melakukan simpanan yang lebih berkesan. Tapi selepas itu jangan buat hutang lagi.

Tidak susah untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan ini, malah untuk menabung juga tidak susah. Yang susahnya adalah untuk mengawal keinginan dan sentiasa konsisten dalam perkara yang kita lakukan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen