5 Cara Berjimat Cermat Ketika Melakukan Dekorasi Rumah Kediaman Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mengubah suai rumah adalah satu perkara yang akan dilakukan bagi setiap orang yang memiliki rumah apabila mereka ini ingin meluaskan lagi ruang rumah atau ingin memperbaiki keadaan rumah tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga yang ingin menghias rumah agar menjadi lebih menarik.

Namun begitu, mengubahsuai rumah ini memerlukan satu perbelanjaan yang banyak dan kadang kala ia akan membebankan lagi diri anda. Maka dengan itu, ramai diantara kita akan berteka teki untuk melakukan perkara ini ataupun hanya sekadar menyimpan hasrat sahaja.

Jangan risau, untuk menyelamatkan poket anda daripada terus menipis kerana lakukan pengubahsuaian ini, mungkin beberapa tips ini akan membantu anda untuk mengawal perbelanjaan anda.




Berikut adalah cara-caranya:

1. Lakukan sendiri atau DIY.


Pengubahsuaian rumah ini akan menjadi lebih seronok apabila anda melakukannya sendiri. Anda boleh tunjukan sedikit kemahiran yang anda miliki itu. Menggunakan tenaga kerja pasti memerlukan anda untuk membayar sedikit. Oleh itu, gunakan tenaga anda sendiri dan membantu ahli keluarga atau rakan untuk membantu anda. Di sini anda dah boleh jimatkan sedikit wang anda.


                         

2. Jangan tukar semua barangan rumah anda.


Mengubah suai rumah tidak bermakna anda perlu mengganti semua barang dengan yang baru. Cari aksesori perabot dan rumah yang masih boleh digunakan, seperti kerusi, meja belajar, atau pelbagai barangan lain yang boleh disimpan. Menggunakan semula item sedia ada akan menghalang anda daripada melakukan pembaziran.


3. Beli barangan secondhand.


Sekiranya anda telah melakukan bajet dalam setiap pengeluaran wang anda, dan anda ingin lebih berjimat. Maka membeli barangan terpakai adalah lebih menguntungkan. Mana tidaknya anda boleh berjimat dengan membeli barangan yang berjenama dengan harga yang lebih murah. Hal ini kerana, barangan terpakai ini jauh lebih murah.



                        

4. Beli barang yang baik bukan jenama yang terkenal.


Jangan anda hanya mementingkan jenama barangan sahaja, malah sanggup untuk menghabiskan duit yang anda demi jenama tersebut. Apa kara anda cuba mencari barangan yang berkualiti baik atau sama seperti barangan yang anda mahu tetapi dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan barangan jenama tersebut.


5. Beli ketika jualan akhir tahun.


Nak lebih jimat dan menguntungkan anda adalah apabila anda membeli barangan rumah pada hujung tahun. Biasanya pada ketika ini masing-masing sedang berlumba-lumba melakukan harga promosi malah harganya jauh lebih murah daripada biasa.


Namun begitu, ini semua sekadar cadangan sahaja, tapi anda yang perlu lakukan keputusan yang bijak. Bahkan semuanya bergantung kepada anda untuk berjimat dalam melakukan pengubahsuaian ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen