“Nak Kahwin Ni, Kena La Jaga Rambut, Nanti Malu Dengan Suami..” Jom Ikuti Tips Ini.

Sebagai kaum wanita, rambut adalah makhkota pada diri mereka. Pada mereka yang berhijab, pasti sukar untuk menjaga kerana satu hari rambut terperap di bawah tudung. Bagi mereka yang mahu berkahwin pula, pasti tidak senang duduk sekiranya rambut mereka sukar untuk dirawat. Nipis, sering gugur dan sebagainya.

“Malu dengan suami nanti…”

Anda perlu tahu, rambut yang sering gugur adalah berpunca dari hormone yang tidak stabil, penggunaan bahan kimia yang berlebihan seperti mewarnakan rambut jika anda lakukannya di saloon, malah tidak menjaga diet pemakanan juga. Terlalu kerap atau mengambil makanan yang banyak sodium akan melemahkan akar rambut.

Jika tidak menjaga kebersihan rambut pun, rambut anda akan mudah berbau dan gugur. Jadi, jom ikuti tips ini, supaya bakal suami tidak terkejut pula tengok rambut anda yang tidak bermaya itu;

1. Guna sikat bergigi jarang

Kalau anda seorang yang suka sikat rambut jalan terbaik adalah dengan mencari sikat yang bergigi jarang. Sikat bergigi jarang tidak akan menarik rambut secara total kerana mempunyai ruang diantara giginya.

2. Jangan sikat rambut terlalu kerap.

Apabila kita menyikat rambut terlalu kerap, ini akan menyebabkan akar goyah dan rambut mudah gugur. Cara terbaik untuk menyikat rambut terutamanya rambut panjang , pegang lebih kurang 5-7 cm dari hujung rambut  kemudian baru sikat.

3. Pastikan rambut tidak kusut sebelum disyampu.

Untuk mengelakkan rambut lebih banyak gugur selepas disyampu pastikan rambut disikat terlebih dahulu.  Membasuh rambut yang kusut akan menyebabkan kebarangkalian untuk gugur sangat tinggi.

4. Kurangkan penggunaan haba pada rambut.

Anda seorang yang suka menggunakan pengering rambut atau ‘hair dryer’ .  Haba daripada pengering rambut akan menyebabkan akar rambut lemah dan sekaligus mematahkan rambut. Seeloknya keringkan rambut menggunakan tuala atau biarkan sahaja terkena pada udara.

5. Elakkan mewarna rambut.

Bahan kimia di dalam pewarna rambut akan menyerap kedalam akar rambut dan melemahkan struktur rambut sekaligus menyebabkan keguguran rambut. Bagi mereka yang suka menukar warna rambut tabiat ini akan memburukkan lagi keadaan.  Menukar warna rambut akan menambah penggunaan bahan kimia yang dipanggil sebagai ‘bleach’. ‘Bleach’ digunakan untuk menghilangkan warna yang terdahulu sebelum proses mewarnakan rambut dengan warna baru dijalankan .

6. Jangan ikat rambut terlalu kuat.

Elakkan mengikat rambut dengan terlalu kuat. Ini akan menyebabkan rambut tidak boleh bernafas dan  akar rambut menjadi lemah.  Apabila akar rambut lemah ini akan menyebabkan rambut mudah gugur.

7. Kuatkan rambut dengan penggunaan minyak semulajadi.

Untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat, seeloknya gunakan minyak semulajadi seperti minyak argan , minyak zaitun atau minyak kelapa dara . Gunakan minyak antara 5-7 titik dan sapu rata ke seluruh kulit kepala. Jadikan ini rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Di samping itu, dari segi diet pemakanan juga anda perlu jaga. Amalkan makanan seperti;

  • Salmon
  • Blueberries
  • Buah prune
  • Walnut
  • Lobak merah
  • Lada Benggala
  • Dan yang penting jangan lupa air putih!

Selamat Pengantin Baru, dan Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen