5 Amalan Mendatangkan Rezeki Yang Sering Kali Kita Pandang Ringan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering tertanya-tanya mengapa gaji tidak mencukupi, sedangkan tidak duit yang ada semuanya digunakan ke arah keperluan yang sememangnya tidak digunakan kepada kehendak. Belum tiba hujung bulan, sudah mula ikat perut dengan memakan mee segera. Duit simpanan pula tiada, ini kan pula tabung untuk kegunaan kecemasan.

Sering menjadi teka teki ke mana wang gaji selama ini pergi sehingga begini sempit kehidupan seharian. Gaji pula bukanya sedikit, mahu Rm2000 ke Rm3000 tapi masih sahaja tidak mencukupi. Nak kata ada banyak tanggungjawab, hanya menyara diri sendiri sahaja.

Pernah atau tidak ada rasakan sebegitu? Sudah mengikuti tips perbelanjaaan kewangan yang betul tapi masih lagi rasa sebegini? Mengapa ye?

Terdapat 5 amalan yang dapat membantu anda menghilangkan kesempitan hidup. Namun sering kali orang memandang remeh sebab merasakan ia tidak membantu. Berikut adalah amalan-amalannya.



                       

1. Membayar hutang.

Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.

Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang.

2. Beri sedikit duit belanja kepada ibu bapa.

Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.
Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat keberkatan.

3. Amalkan bersedekah.

Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.

Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk.

                        

4. Buat baik kepada haiwan.

Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.

Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.

5. Amalkan solat Dhuha.

Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.

Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.

Semoga dengan mengamalkan perkara-perkara sebegini akan membantu anda dijauhi dari rasa kesempitan hidup.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen