Kenapa Lelaki Mudah Kurus Berbanding Dengan Wanita?

Ramai sahaja kaum wanita mengeluh kerana percubaan untuk menurunkan berat badan amat sukar berbanding dengan lelaki. Lelaki, asalkan jaga pemakanan dan melakukan senaman, pasti mudah sahaja untuk menurunkan berat badan. Kenapa ya?

Menurut kajian, lelaki lebih memiliki metabolism yang tinggi dan lemak viscera berbanding kaum wanita. Dan juga lelaki mengambil lebih banyak kalori berbanding wanita, dimana pengurangan kalori lelaki lebih cepat.

Selain daripada itu;

1. Lelaki membakar kalori dengan lebih mudah.

Menurut kajian lagi, lelaki memiliki otot yang lebih banyak daripada wanita, dimana otot-otot tersebut membantu untuk membakar kalori di dalam badan mereka, walaupun dalam keadaan rehat. Ini kerana otot adalah bahagian tubuh yang aktif metabolik, maka ia cenderung untuk membakar lebih mudah apata lagi jika ditambah dengan senaman yang konsisten.

Manakala, kaum wanita memiliki lemak subkutan yang melekat pada permukaan kulit. Dan lemak ini berfungsi untuk membantu melahirkan anak, dimana ia tersebar pada sekitar peha, punggung dan pinggul. Maka, lemak ini sukar untuk dibakar dengan senaman.

2. Perbezaan hormon pada lelaki dan wanita.

Seperti yang kita tahu, kaum wanita memiliki hormon estrogen dimana ia berfungsi untuk persediaan semasa bersalin yang tidak ada pada lelaki, kerana lelaki memiliki hormon testosteron. Malah hormon ini juga yang menyebabkan kaum wanita sukar untuk menurunkan berat badan.

Estrogen juga membakar kalori lebih banyak selepas makan kerana ia memulihkan jumlah lemak yang terkumpul di dalam badan. Lemak ini kemudiannya digunakan sebagai persediaan untuk melahirkan anak, terutamanya di bahagian pelvis wanita.

3. Tubuh lelaki cepat memberi reaksi.

Tubuh badan lelaki lebih cepat bertindak balas dengan kadar metabolism yang tinggi semasa menurunkan berat badan. Malah, lelaki dapat menghilangkan berat badan yang banyak dalam masa dua bulan berbanding wanita yang mengambil masa yang lebih lama. Namun, sekiranya senaman itu konsisten sehingga 6 bulan, berat badan wanita masih lagi menurun, namun tidak lagi pada lelaki.

4. Lelaki tidak makan ketika beremosi berbanding wanita.

Secara tipikal, kaum wanita cepat terpengaruh dengan emosi. Sedih, gembira, marah, stress dan setiap emosi tersebut akan mempengaruhi wanita untuk makan dengan lebih banyak, dimana ia dipanggil sebagai ‘emotional eater’. Manakala lelaki lebih memilih untuk merokok atau melakukan pelbagai aktiviti untuk hilangkan stress.

5. Lelaki mempunyai kapasiti paru-paru lebih besar berbanding wanita.

Apabila bersenam wanita cenderung untuk rasa cepat panas, mudah letih dan lemah kerana kapasiti paru-paru wanita lebih kecil berbanding lelaki. Ini menyebabkan sistem pernafasan wanita terpaksa bekerja keras untuk memproses oksigen ke dalam badan ketika mereka bersenam, selain menyebabkan lemak subkutan dalam tubuh wanita tidak terbakar dengan cepat seperti otot lelaki.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen