9 Jenis Makanan Mampu Kurangkan Masalah Perut Boroi Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pengambilan makanan yang tidak menyihatkan serta menjalani kehidupan yang tidak aktif kemungkinan menjadi punca masalah kepada perut buncit. Baik lelaki atau wanita, kedua-duanya pasti mempunyai masalah ini. Pemakanan yang sihat dan secara bijak dapat masalah perut buncit serta kegemukan pada tubuh badan anda.

Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan sahaja, lemak yang berlebihan di dalam badan boleh menjadi punca kepada penyakit kronik, seperti serangan jantung dan lain-lain. Setiap orang mahukan tubuh badan yang langsing sekaligus memiliki tubuh badan yang sihat, jadi apa kata anda amalkan 9 jenis makanan ini dalam rutin harian anda.



Berikut adalah jenis-jenis makanannya:


                                 

1. Teh hijau.

Tidak diragukan lagi, teh hijau merupakan sumber anti-oksidan yang dapat meningkatkan fungsi sistem metabolism. Teh hijau secara semulajadi mempunyai keupayaan untuk membakar sehingga 266 kalori, keupayaan yang sangat baik untuk mengeluarkan lemak di dalam perut.

                                 

2. Avocado.

Avocado adalah jawapan yang bijak untuk mengatasi masalah perut buncit, kerana ia dapat membantu mencegah seseorang daripada menjadi lapar. Avocado kaya dengan serat dan mengandungi lemak yang bersesuaian dengan jatung anda.

                                

3. Sayuran berdaun hijau.

Menu makanan yang tidak boleh sering kali diabaikan dalam usaha menurunkan berat badan, terutamanya untuk mengecilkan perut buncit adalah sayuran hijau. Tetapi sayuran hijau yang paling disyorkan hanya dua sahaja, iaitu brokoli dan bayam. Dan apa yang anda perlu ketahui ialah salad adalah sayuran hijau yang rendah serat (atau tidak mempunyai serat sama sekali).

                                

4. Minyak zaitun.

Walaupun anda sedang berdiet atau sedang mengecilkan perut anda, itu tidak bermakna anda perlu menahan lapar yang melampau. Salah satu daripada mereka masih menyediakan keperluan lemak sihat dan paras kolesterol terkawal. Iaitu, minyak zaitun. Gunakan minyak ini ketika memasak untuk menggantikan minyak sawit.


                             

5. Berry.

Strawberi dan blueberries adalah makanan ringan wajib bagi mereka yang berjuang untuk mengatasi perut buncit. Kedua buah ini kaya dengan serat walaupun dalam jumlah yang kecil. Ia sangat perlu untuk menghilangkan lemak yang berlebihan di beberapa bahagian badan, termasuk paha, perut dan pinggang.

                                     

6. Telur.

Telur ayam (terutamanya yang organik), sangat baik dan diperlukan untuk badan. Telur adalah sumber protein dan kaya dengan vitamin B12. Penggunaan telur semasa sarapan lebih baik untuk membentuk berat badan yang ideal dan perut yang lebih langsing daripada memakan makanan diet yang kaya karbohidrat seperti roti putih.

                                 

7. Yogurt.

Badan memerlukan susu untuk memenuhi keperluan kalsium dan pelbagai mineral penting lain di dalam susu. Penyelesaian untuk mengatasi lemak berlebihan dalam susu adalah dengan mengambil produk yang ditapai, iaitu yoghurt. Kalsium dalam yogurt memainkan peranan dalam memecah lemak dan mencegah pengumpulan.

                                 

8. Kacang.

Kecang juga turut membantu dalam mengecilkan perut anda, terutama kacang badam. Ia sangat berkesan untuk mengatasi lebihan kalori dengan memberi kesan rasa kenyang lebih lama daripada hanya memakan nasi kek atau roti. Ia juga mempu memberi tenaga dengan lebih berkesan berbanding sumber karbohidrat lain. Walau bagaimanapun, elakkan kacang-kacangan dengan campuran banyak garam.

                                 

9. Ikan laut.

Dalam proses mengecilkan perut, anda memerlukan Omega-3 dari ikan laut. Rupa-rupanya, ikan laut adalah salah satu makanan untuk atasi masalah perut buncit yang sangat disyorkan. Kandungan Omega-3 dalam ikan laut dapat membantu proses membakar lebih banyak kalori daripada penggunaan lemak dan kerbohidrat.

Pengambilan makanan sebegini secara konsisten dan juga mengurangkan pengambilan air sejuk serta gula akan membantu anda mempercepatkan lagi proses ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen