Bagaimana Sosial Media Mampu Meruntuhkan Rumah Tangga? Jom Baca.

Dengan peredaran masa dan teknologi semakin berkembang, sosial media adalah salah satu platform yang menyebabkan sesuatu perkara itu menjadi lebih baik atau teruk. Berkenaan dengan alam rumah tangga, bagaimana pula sosial media ini dapat memberi kesan?

Dan dengan cara bagaimana sosial media mampu meruntuhkan sesebuah rumah tangga? Pasangan suami isteri wajib tahu berkenaan isu ini…

1. Pasangan yang gemar berkongsi kehidupan rumah tangga.

Zaman sekarang ada sahaja laman untuk pasangan suami isteri meluahkan perasaan berkenaan dengan rumah tangga. Walaupun tidak mention nama suami atau isteri, namun ia adalah salah satu punca yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga kerana masalah tidak diselesaikan dengan cara yang betul. Malah, gambar ahli keluarga yang terdedah menyebabkan ramai orang asing boleh gunakan gambar tersebut untuk sihir. Kita tidak tahu hati orang.

2. Terburu-buru post sesuatu tanpa berfikir kesannya.

Apabila terlalu menurutkan perasaan, kita pasti akan bertindak diluar kawalan. Sebagai contoh bergaduh dengan pasangan, apabila tidak memikirkan kesan dalam jangka masa yang panjang, kita mudah untuk post status tanpa fikir perasaan pasangan. Jika ini yang berlaku, buruklah padahnya, seperti Rasulullah SAW bersabda;

 “Ketenangan itu dari Allah, sedangkan tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

3. Jadikan media sosial sebagai diari.

Ada juga sebilangan pasangan suami isteri menjadikan sosial media sebagai platform untuk meluahkan perasaan seperti diari. Jika dahulu diari hanya ditulis di dalam buku, dan tiada siapa dapat mengetahui kandungannya. Namun, pada masa kini, bukan di blog sahaja ramai meluahkan perasaan, malah di facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Apabila luahan hati boleh dibaca secara umum, sudah tentu ramai orang asing boleh mengetahui masalah rumah tangga dan cuba menjadi batu api.

4. Tidak dapat mengawal emosi semasa menggunakan sosial media.

Sebagai manusia yang memiliki akal yang dikurniakan oleh Allah SWT, kita seharusnya tahu mana yang baik dan buruk. Jadi, lakukanlah semua perkara menggunakan akal fikiran kita, dimana minda kita pada tahap yang waras. Jangan menggunakan sosial media ketika dalam perasaan yang terlampau marah atau sedih sehingga mampu meruntuhkan rumah tangga.

Perkara ini sering terjadi pada kaum wanita, kerana mudah terpengaruh dengan emosi.

5. Tidak meletakkan agama di hadapan.

Agama yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian termasuk rumahtangga seharusnya diletakkan paling hadapan. Ini kerana hanya agamalah yang menjadi penyelamat dalam segala permasalahan yang berlaku di dunia ini.

Bagi umat Islam, ada dua tinggalan untuk kita iaitu Al-Quran dan sunnah Baginda SAW. Kita juga ada Allah SWT; Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini termasuklah penciptaan diri kita. Mengadulah kepada-Nya atas segala permasalahan yang berlaku, pasti akan didengari-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (Al-Baqarah: 45)

Sebagai pasangan suami isteri, anda harus menghidupkan kembali rumah tangga yang berlandaskan Islam dan sunnah Rasulullah SAW. Jangan membuat sesuatu perkara terlalu mengikut perasaan.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen