Cara Suami Bantu Isteri Dekatkan Diri Dengan Ibu Mertua.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering kali kita dengar bahawa menantu perempuan ini agak sukar untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu mertuanya. Mungkin kerana, mereka dua ini sama-sama wanita, yang sememangnya sukar untuk mencari sefahaman yang bersama. Biasalah, perempuan dengan perempuan ini kalau berlangar bahu di tepi jalan pun boleh gaduh.

Sebagai seorang suami yang mahu menjaga hati isteri dan hati ibu, maka anda perlulah menjadi orang tengah yang perlu memainkan peranan dengan baik sehingga ibu anda dan isteri anda menjadi ngam dan akrab. Hal ini kerana, anda menyayangi kedua-duanya serta mereka berdua sayangkan anda.

Tidak salah jika anda turu ikut campur sekiranya anda lihat mereka ini tidak begitu mesra dan kelihatan sedikit kekok. Tapi jangan sesekali niat dan perbuatan itu akan membuatkan mereka terasa dengan sikap anda, nanti keadaan semakin keruh.



Apa yang anda perlu lakukan?

1. Kerap pulang ke menziarahi ibu bapa anda.

Perkara yang boleh anda lakukan adalah dengan kerap pulang ke kampung anda dengan alasan bahawa anda rindu suasana kampung serta rindu rakan-rakan di kampung anda. Biasanya isteri ini tidak akan mempunyai alasan yang banyak sekiranya anda menyatakan ingin pulang ke kampung anda. Apabila anda terlalu kerap pulang ke kampung, secara tidak langsung mereka ini akan mula saling mendekatkan diri.

2. Menyuruh isteri belajar masak dengan ibu anda.

Di samping itu juga, anda boleh menyuruh isteri anda belajar masak daripada ibu anda. Tetapi anda perlu minta ibu anda agar tidak terlalu garang dengan isteri anda. Pasti isteri anda akan mengikut kata anda kerana risau sekiranya anda tidak mahu makan air tangannya. Manakala ibu anda pula pasti akan mengajarnya kerana tidak mahu anda melupakan rasa air tangannya. Jadi pandai-pandailah anda pujuk mereka.

3. Bawa mereka pergi bercuti.

Jangan bimbang, mereka tidak akan bermasam muka di hadapan anda. Jadi bawa mereka berdua ini pergi bercuti bersama-sama, sambil-sambil itu biarkan mereka berdua ini luangkan masa lebih banyak berdua. Sebagai contoh, biarkan isteri menemani ibu anda membeli barangan cenderamata, ataupun menikmati pemandangan di kawasan tersebut. Anda pula biarkan mereka saling mendekati antara satu sama lain.


4. Saling bertukar hadiah.

Jika anda ingin lakukan cara ini, anda perlu membeli dua hadiah, satu untuk isteri anda dan satu lagi untuk ibu anda. Lalu katakan kepada mereka bahawa isteri atau ibu yang memberikan hadiah tersebut bukannya dari anda. Di sini mereka akan mula bercakap antara satu sama lain selepas kejadian tersebut, kerana merasakan bahawa mereka saling mengingati walaupun tidak rapat.

5. Jadikan anak-anak pengerat hubungan.

Anak-anak bukan sahaja boleh eratkan hubungan antara suami isteri tapi ia juga boleh mengeratkan hubungan diantara nenek dan ibunya. Jadi gunakan anak anda agar ibu dan neneka mereka menjadi lebih rapat antara satu sama lain. Sebagai contoh, minta isteri berpantang di rumah ibu anda ataupun minta ibu datang ke rumah anda untuk melawat anak-anak anda.

Itu adalah beberapa perkara yang mungkin akan membantu anda untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ibu dan isteri anda. Jangan risau, orang perempuan ini sememangnya sukar untuk berbaik antara satu sama lain, tapi bila dah rapat anda pula yang dilupakan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen