Ciri-Ciri Ibu Mertua Idaman Wanita Yang Bakal Berkahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap wanita yang ingin berkahwin ini, pasti mempunyai satu perasaan yang takut dan mendebarkan. Di mana dia merasa takut untuk berhadapan dengan ibu mertuanya. Hal ini kerana, terdapat banyak menantu perempuan dan ibu mertua kurang sefahaman, maka dengan itu ia pasti menjejaskan sedikit keyakinan dirinya.

Memiliki ibu mertua yang baik adalah idaman setiap wanita. Apa yang dimaksudkan ibu mertua yang baik? Adakah melalui layanan atau sikapnya? Atau mereka ini tidak mengganggu urusan rumah tangga mereka suami isteri?



Berikut adalah ibu mertua idaman wanita:

1. Layan seperti anak sendiri.

Ibu mertua yang memberikan layanan sama seperti anak-anaknya adalah salah satu ciri ibu mertua idaman. Di mana ibu mertua ini tidak akan memilih kasih untuk memarahi anaknya atau menantunya. Jadi sesiapa sahaja yang membuat salah pasti akan mendapat teguran yang sama rata. Biasanya ibu mertua sebegini tidak akan melakukan perbandingan.

2. Jadi rakan bergosip yang menyeronokkan.

Wanita suka bergosip di kalangan mereka, jadi kalau dapat ibu mertua yang suka bergosip juga pastilah perkara yang menyeronokkan. Mana tidaknya mereka ini boleh berkongsi apa sahaja kisah apa yang berlaku di sekelilingnya di antara dirinya dan ibu mertuanya. Banyak bahan untuk berbual makin rapat lah mereka berdua ini.

3. Tidak membandingkan menantu.

Ibu mertua mungkin akan memiliki menantu perempuan lebih daripada seorang. Maka dengan itu, menantu perempuan ini akan sentiasa risau jika mereka ini dibandingkan. Mana tidaknya, mereka ini mungkin mempunyai kekurangan tapi itu tidak bermakna mereka terima akan kekurangan tersebut. Jadi tersangatlah beruntung mereka yang berkahwin dengan ibu tunggal.


4. Saling berkongsi resipi.

Memiliki ibu mertua yang tidak kedekut untuk berkongsi resipi ini juga adalah perkara yang menjadi idaman menantu perempuan. Mana tidaknya, mereka ini selalunya tidak tahu akan masakan kegemaran pasangan mereka, jadi kalau ibu mertua rela berkongsi resipi makanan ia pasti memudahkan menantunya itu.

5. Memberi nasihat yang baik.

Ada sesetengah ibu mertua akan memberi nasihat sambil menyindir menantunya, tapi yang menjadi idaman menantu perempuan ini adalah ibu mertua yang memberi nasihat tapi tidak menyindir serta menggunakan ayat yang membuat menantu perempuan terasa.

Tidak semua ibu mertua itu garang, dan tidak semua menantu perempuan itu tidak sesuai dengan anak lelaki kita, tapi kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi cuba untuk saling menerima antara satu sama lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen