7 Tips Untuk Para Ibu Yang Menjana Pendapatan Dari Rumah, Di Samping Uruskan Rumah Tangga.

Untuk para wanita yang menjadi isteri menjana pendapatan dari rumah dan dalam pada yang sama menguruskan rumah tangga, pasti amat memenatkan. Jadi, jom ikuti 7 tips ini cara untuk anda memudahkan kerja business online dengan urusan rumah tangga:

1. Buat ‘To-Do-List’.

Apabila sudah menjadi isteri dan seorang ibu, anda harus bijak membahagikan masa pada setiap perkara yang anda mahu lakukan di rumah. Jadi, anda perlu buat senarai atau ‘To-Do-List’ supaya lebih teratur dan anda juga tidak menjadi serabut jika terlupa tentang sesuatu perkara.

Siapkan ‘To-Do-List’ anda untuk esok dan hari-hari yang seterusnya. Malah anda juga boleh membuat persediaan untuk masak apa hari ini, esok, lusa dan seterusnya. Apabila hidup teratur, kebarangkalian anda untuk menjadi stress sangat tipis.

2. Merancang secara visual.

Anda bukan berimaginasi atau berhalusinasi, akan tetapi anda cuba membayangkan atau visualisasi apa yang anda akan cuba lakukan pada esok hari. Malah anda juga akan cuba untuk bersangka baik pada Allah SWT supaya semua kerja yang dilakukan pada hari esok akan terlaksana dengan baik juga.

Seperti sebelum tidur sambil menyusukan anak dan berzikir, anda akan pejamkan mata dan membayangkan perjalanan hari esok yang akan lebih baik daripada hari ini.

3. Susun aktiviti ikut situasi.

Sebagai ibu anda perlu tahu, untuk melakukan sesuatu perkara mengikut situasi. Ketika anak sedang tidur, apa yang anda mampu lakukan, ketika anak berjaga pula, apakah kerja yang anda mampu lakukan ketika itu. Sebagai contoh, ketika anak tidur, anda mahu design sesuatu di komputer tanpa gangguan mereka. Jika mahu reply whatsapp customer pada waktu malam dan seumpama dengannya.

4. Fokus.

Kerja dengan fokus dan bersungguh-sungguh seperti Allah SWT berfirman:

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain” (Surah Al-Insyirah: 7)

Jadi, lakukan kerja anda dengan fokus tanpa terganggu dengan sosial media. Jika pelajar mudah terganggu dengan sosial media di telefon bimbit, apatah lagi ibu di rumah. Sikit-sikit nak selfie, sikit-sikit nak gossip. Lama-lama satu kerja pun tak siap. Nanti stress pula.

5. Amalkan berdoa dan berzikir.

Kaum hawa memang mudah terdedah dengan kemurungan atau depresi kerana pengaruh emosi dan hormone dalam badan. Jadi, amalkan sentiasa berdoa dan berzikir, supaya semua yang anda lakukan adalah kerana Allah SWT. Malah berlandaskan syariat. Insya Allah, emosi anda akan lebih terkawal.

6. Agihkan masa business online 1 jam sehari.

Cuba untuk membahagikan masa untuk business online anda pada 4 slot, iaitu 30 minit, 10 minit, 10 minit dan 10 mini. Dimana anda boleh menguruskan untuk reply whatsapp customer dan semua tentang business. Jika tidak sempat, lakukan ketika anak-anak sedang tidur pula.

7. Perlu kenali diri anda sendiri.

Jangan lakukan sesuatu perkara diluar kemampuan anda. Kenali diri anda, bagaimana untuk anda uruskan kehidupan sendiri, suami dan anak-anak. Adakah anda morning person, evening atau seumpama dengannya? Dan jangan lupa adakan ‘Me-time’ untuk diri sendiri, supaya anda tidak mudah tertekan.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen