Suami Anda Berdengkur? Ketahui Sebabnya Dan Ikuti Tips Ini.

Pada para isteri, setiap malam atau setiap kali suami tidur sahaja, pasti bising satu rumah dek kerana dengkuran si suami. Ada sahaja sebilangan lelaki yang berdengkur ikut masa, dan ada juga segelintir berdengkur sepanjang tidur dimana ia menganggu orang lain. Khuatir dengkuran ini juga akan memberi ketidakselesaan pada anak-anak kelak.

“Bisinglah ayah ni tidur…”

Anda perlu tahu dengkuran adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

SEBAB-SEBAB BERDENGKUR ADALAH…

1. Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.

 Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak

2. Tisu tekak yang besar dan tebal.

Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

3. Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.

Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

4. Saluran pernafasan tersekat.

Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

PETUA DAN TIPS UNTUK MENGURANGKAN DENGKURAN ADALAH…

  • Dengan mengurangkan berat badan jika suami anda mengalami masalah berat badan berlebihan.
  • Mengurangkan pengambilan minuman beralkohol atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.
  • Cegah dengan pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.
  • Elak pengambilan makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat.
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.
  • Tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.

Jika anda sayangi suami anda, bawalah mereka untuk mendapatkan rawatan sekiranya dengkuran tersebut semakin teruk. Jom jaga kesihatan antara satu sama lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen