Cabaran Hidup Sebagai Suami Isteri Di Akhir Zaman, Bagaimana Untuk Melaluinya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup di akhir zaman ini penuh dengan dugaan, tidak kiralah buat suami isteri mahupun buat seseorang individu. Bukan mudah untuk menguatkan iman untuk mengharungi segala dugaan yang mendatang silih berganti ini. Jika kita sahaja yang kuat belum tentu pasangan kita akan turut kuat imannya.

Dunia semakin tua, tanda-tanda kedatangan hari kiamat juga telah banyak yang ditunjukkan. Pada ketika ini, sama ada kita ini berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah ataupun masih lagi hanyut dengan keseronokan dunia itu semua bergantung dengan pilihan yang dibuat oleh setiap individu.



Jika kita memilih untuk menguatkan iman dengan melakukan kebaikan berserta amal ibadah, pasti ada sahaja dugaan yang akan mendatang untuk menguji keimanan anda. Tidak kiralah anda masih bujang ataupun sudah berkahwin.

Jika anda masih bujang, mungkin iman anda akan diuji dengan nafsu, wang ringgit, keseronokan dan kebebasan yang tidak terhingga yang anda rasa itu memberikan anda satu kebahagiaan. Tapi apabila anda sudah berkahwin, pasti keimanan anda akan lebih teruji dengan pasangan dan juga anak-anak dan syaitan sentiasa mencari peluang untuk memecah belahkan keluarga yang dibina itu.

Persoalannya sekarang ini, bagaimana untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri di akhir zaman ini yang tidak bertentangan dengan landasan agama Islam.

1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.

2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.

3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.

Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.

Sungguh,
Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.

Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen