5 Manfaat Yang Diperolehi Apabila Berhenti Membeli Barangan Yang Tidak Perlu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai keinginan dan kemahuan yang perlu dipenuhi. Ada juga orang yang lebih mementingkan keinginan daripada keperluannya sendiri. Namun begitu, adakah anda sedar bahawa keinginan yang anda selalu ikutkan itu hanya akan memberi kesan buruk kepada anda berbanding dengan cuba mengawalnya.

Biasanya apabila kita mempunyai keinginan yang tinggi, kita akan lebih fokus kepada perkara tersebut sehinggakan kita lupa untuk membuat kira-kira mengenai kepentingan perkara tersebut dalam hidup kita. Ada keinginan yang baik dan ada keinginan yang buruk, anda perlu bijak membezakannya.

Keinginan yang baik adalah anda membeli produk untuk menjaga penampilan serta anda perlukannya dan keinginan yang buruk adalah anda membeli barangan kerana mengejar trend terkini. Jadi mari lihat beberapa manfaat yang bakal anda perolehi apabila mengawal berbelanja mengikut keinginan anda.

                       



1. Dapat perbaiki hubungan.

Semua orang mahukan hubungan yang baik diantara pasangan dan ahli keluarganya. Apabila anda berhenti membeli barangan yang tidak perlu, anda akan lebih kurang berhujah bersama pasangan atau ahli keluarga anda mengenai sikap yang suka membazir itu. Hal ini kerana, anda tidak lagi perlu bercakap mengenai hutang, wang yang tinggal serta barang yang telah dibeli.

2. Lebih banyak wang untuk disimpan.

Macam biasalah, apabila anda banyak berjimat cermat, maka lebih banyaklah wang yang akan anda simpan dan terkumpul. Anda akan lihat perubahan ini apabila simpanan anda semakin bertambah, malah duit di dalam wallet anda lebih bertahan lama.

3. Dapat lakukan tabungan kecemasan.

Selalunya anda akan mengabaikan tabung kecemasan ini kerana anda merasakan wang anda tidak cukup untuk ke arah itu. Namun selepas anda tidak membeli barangan yang bukan keperluan anda, maka anda mampu lakukan tabungan kecemasan ini. Malah anda pasti tidak menyangkakan bahawa anda mampu mengumpul wang sebanyak itu dalam satu jangka masa yang pendek.

4. Dapat beli barangan keperluan yang lebih baik.

Jika dahulu anda mungkin akan lakukan kira-kira jika anda ingin membeli barang keperluan anda tapi kini anda lebih memfokuskan untik membeli barangan yang lebih baik. Sebagai contoh, anda akan membeli barang makanan yang sihat, barangan yang berikan keselesaan dan juga barangan yang sangat diperlukan tanpa anda sedari.

5. Kurang berhadapan dengan tekanan.

Apabila anda tidak terlalu mengikuti keinginan anda, anda tidak akan berhadapan dengan masalah kewangan anda. Sebagai contoh, anda akan merasa kurang tertekan kerana perlu memikirkan kewangan pada hujung bulan. Malah anda juga tidak perlu bergaduh dengan pasangan anda kerana masalah kewangan yang kalian hadapi.

Banyak sebenarnya kebaikan jika anda tidak berbelanja mengikut nafsu. Segalanya bergantung kepada anda untuk melakukannya ataupun tidak. Tapi selagi anda tidak lakukannya, anda tidak akan merasai manfaat darinya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen