Kacang Kuda Boleh Bantu Anda Untuk Kurangkan Berat Badan? Jom Ikuti Perkongsian Dari Coach Aizat.

Sering kita dengar, bahan makanan yang berasaskan kacang, memang banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Kacang kuda juga adalah antara salah satu daripadanya. Pada mereka yang mahu mengurangkan berat badan, jom ikuti perkongsian dari Coach Aizat di laman facebooknya ini….

********

Wow!!!! berita baik buat si penggemar

Kacang kuda ni.

Antara manfaat Kacang kuda adalah:

1. Membantu Mengawal Paras Gula dalam Darah.

Kacang kuda, seperti kacang-kacang yang lain merupakan satu bentuk karbohidrat kompleks yang tubuh badan dapat hadam secara perlahan-lahan dan digunakan untuk tenaga.

2. Meningkatkan Rasa Kenyang dan Membantu Mengurangkan Berat Badan.

Kacang kuda sangat kaya dan tinggi dengan protein dan serat yang membantu menjadikan anda rasa kenyang dan mengelakkan anda daripada mengamalkan pemanakan snek yang tidak sihat. Ianya turut membantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita sekaligus mengekalkan tenaga kita.

3. Membantu Proses Pencernaan disebabkan Kandungan Serat yang Tinggi.

Kacang kuda merupakan salah satu daripada 20 makanan yang boleh disenaraikan sebagai tinggi kandungan seratnya.. Hakikatnya, kurang daripada 5 % daripada warga malaysia mendapatkan diet yang disarankan setiap hari.

Serat berfungsi memberikan proses pencernaan yang sihat dengan cara membuang dengan segera makanan melalui laluan pencernaan serta membantu mengurangkan simptom sembelit.

4. Memberikan Vitamin dan Mineral yang diperlukan.

Khasiat kacang kuda juga mampu meningkatkan paras zat besi, zink, folat, phosphorus dan Vitamin B.

Semua itu sangat penting bagi golongan vegetarian yang sudah pasti akan kekurangan nutrien-nutiren ini disebabkan oleh tidak mahu mengambil produk daripada haiwan.

5. Sumber Utama Protein Berasaskan Tumbuhan.

Protein adalah makro nutrien yang penting dalam memainkan peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi dalam badan, daripada organ-organ penting, otot-otot, tisu-tisu dan tahap hormon juga. .

Mengambil protein yang cukup secara sihat membantu anda melambatkan proses penuaan.

Saya share cara nak rebus kacang rebus.

Mana tahu ada yang tak tahu caranya.

BAHANNYA:

Kacang kuda-dibasuh dan direndam hingga kembang

Sedikit garam

Air secukupnya untuk.merebus.

Cara-carannya

Basuh kacang kuda,tuang air secukupnya.Masak guna api sederhana,apabila mendidih kecilkan api dan renehkan,sekiranya semasa merebus airnya kurang,sila tambah lagi.Masukkan sedikit garam dan tunggu sehingga empuk.

Kacang rebus cara diatas lulus utk bantu anda kurus tau bukannya yg dah disalut sambal yer.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen