Pertama kali nak berjumpa dengan bakal ibu mertua pasti gementar. Tak senang duduk dibuatnya. Namun, pada saat-saat gentar anda, perlu juga diingati, nak pergi jumpa ibu mertua tidak boleh dengan tangan kosong sahaja. Tunjukkan usaha anda untuk mengambil hati mereka. Jadi, dari sini menunjukkan anda benar-benar tahu cara untuk menghormati dan menghargai orang tua.
Bukan tahu nak hormat dan hargai pasangan semata-mata.
Akan tetapi jangan pula nampak sangat nak membodek bakal ibu mertua anda. Oleh sebab itu, anda perlu jadi diri sendiri sahaja ketika berjumpa dengan mereka, malah berilah buah tangan dengan ikhlas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak kerana orang tua lebih berpengalaman melihat riak muka anak muda.
Apakah buah tangan yang anda boleh berikan pada bakal ibu mertua? Jom lihat antaranya ialah:
BUAH-BUAHAN.
Buah-buahan adalah buah tangan yang paling simple untuk dibawa. Malah, ia juga senang dimakan. Ketika inilah anda harus mencari buah-buahan yang segar dan tidak busuk. Gunakan kemahiran anda untuk mencari buah-buahan yang terbaik untuk bakal ibu mertua anda. Antara buah-buahan yang digalakkan untuk anda memberi adalah, buah epal, anggur, buah limau, buah belimbing, jambu atau buah mangga.
KEK ATAU KUIH MUIH.
Tak salah jika anda mahu menunjukkan skill baking atau memasak anda juga. Akan tetapi, cubalah makanan yang santai dan boleh untuk dijadikan minum petang seperti;
1. Kek Butter.
Kredit Foto: Pinterest
2. Brownies.
Kredit Foto: Serious Eats
3. Kek Batik.
Kredit Foto: It works
4. Kek lapis.
Kredit Foto: Instructables
5. Karipap.
Kredit Foto: FriedChillies
6. Kuih Gulung (Ketayap).
Kredit Foto: Myresipi
BUAH TANGAN SIMPLE.
Tetapi, jika anda mahu membuat kelainan seperti bukan bahan makanan, boleh juga. Berikan sesuatu yang kaum wanita memang suka, tetapi simple dan mudah didapati seperti;
Bunga.
Kredit Foto: Tokopedia
Lilin Aromaterapi.
Kredit Foto: Product Nation
Buku resipi.
Kredit Foto: Pinterest
Pashmina.
Kredit Foto: Cleo
Sarung bantal yang bercorak.
Kredit Foto: Ikea
Selamat Mencuba!
Tinggalkan Komen