Kahwin Terus...Kan Senang.

SOALAN 1: Apakah hukum ber'couple'? Haram atau halal. Sekiranya halal apa dalilnya dan sekiranya haram apa dalilnya juga.



PADA asasnya, hukum bercinta, berkasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah harus. Ini kerana Islam adalah agama berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan sesama insan. Malah Islam juga menggalakkan perkahwinan dan tidak mengabaikan kehidupan berkeluarga sebagaimana tuntutan fitrah manusia. Namun ia perlu dilihat bahawa jalinan ukhuwah tadi boleh menjadikannya haram jika diabaikan beberapa perkara berikut seperti:



a) Niat yang tidak baik seperti ber couple untuk berhibur, bersuka-suka, mencari keseronokan, melepaskan keinginan hawa nafsu, membalas dendam, memainkan perasaan orang lain dan sebagainya.

b) Tidak mengikut lunas syarak seperti berdua-duaan tanpa mahram sama ada secara nyata atau di alam cyber (internet).

c) Tidak menjaga maruah diri dengan melakukan perkara yang meruntuhkan akhlak seperti pergaulan bebas dan yang boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap pasangan tersebut.

d) Tidaklah hubungan couple ini membawa kepada perkara yang tidak bermanfaat seperti membazirkan wang dan waktu yang sepatutnya digunakan dengan sebaiknya terutama pelajar.

Mereka tidak seharusnya menggunakan wang pinjaman pelajaran untuk dihabiskan berbelanja teman wanita dan dihabiskan wang untuk membeli top-up dan sebagainya. Maka semua
perkara di atas mempunyai dalil yang tegas dalam anjuran dan larangannya. Wallahu a'lam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen