Seronok Sebenarnya Jadi Suami Kalau "Pandai" Jadi Suami...

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai orang memikirkan bahawa apabila telah menjadi suami orang banyak perkara yang perlu difikirkan. Apabila bab tanggungjawab ada yang takut tak dapat tunaikan sebaiknya. Tapi kebanyakannya takut dapat isteri queen control sahaja. Mana tidaknya lepas dah kahwin tak boleh berkelakuan macam orang bujang.

Bukan itu sahaja, ada juga yang takut kena kurung di rumah sebab si isteri tak bagi keluar rumah melepak atau berjumpa kawan. Tak cukup dengan itu, ada juga yang takut apabila diejek rakan kerana takut akan bini.

Itu belum lagi takut kantoi dengan isteri kalau main mata dengan perempuan lain, susah ke jadi suami ini? Jadi seorang suami ini tak seronok ke? Ataupu kita yang buat semua benda jadi susah dan tak seronok?

Sedikit perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin akan keseronokan menjadi seorang suami. Cuba suami-suami di luar sana amalkan, pasti rasa tenang sahaja hati.



"Jadi suami ni seronok sebenarnya..."

Tanggungjawab memang berat, sebab nak kena sara, jaga dan bimbing anak orang. Tapi kalau kita buat semua tu dengan betul, dengan baik, insyaAllah takkan timbul sebarang masalah dan takkan ada isu berbangkit.

Pastu bila balik rumah, melangkah masuk rumah pun penuh rasa yakin. Isteri tanya apa jua soalan, confidence je jawab, dijawab dengan sepantas kilat. Tak gabra, tak gelabah, tak gelisah. Sebab kita tahu yang kita tak ade buat salah.

"Abang lunch dengan siapa tadi?"

“Dengan Lan, Mie, Aidil, Wan, Anas, Akmar. Makan tak jauh dari kilang, makan nasi, dengan daging masak sup dan telor dadar, air teh ais, RM6.80.”

Senafas ja jawab. Perghh. Pastu buka hp, tengok hp, tengah taip-taip, isteri tanya,

"Abang taip apa tu? Taip kat siapa?"

Tengah wassup, budak tempat keje tanya tentang spare part. Pastu pusing hp, bagi isteri tengok.

"Baca la, nahh, ambik hp abang ni."

Walawehhh. Steady betol. Hp tak ade password pulak tu. Kalau tertinggal pun tak ade masalah.


"Abang siap nak pergi mana tu?"

"Nak pergi basuh kereta, isi minyak dengan topup touch n go, nak ikut ke? Jom la."

Senafas lagi jawab. Kompiden lagi.

Tak susah dan tak payah pun jadi seorang suami. Kalau ikhtilat kita jaga, dengan siapa kita berhubung, bermesej, berwassup pun kita tahu had dan batasnya, tanggungjawab kita buat, segala serba serbi keperluan isteri dan anak-anak kita penuhi, kerja rumah pun kita tolong, berkawan dan melepak pun ada cara dan masanya, maka hidup sebagai seorang suami itu tak akan ada sebarang masalah langsung.

Seronok sebenarnya jadi suami kalau "pandai" jadi suami...


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen