Untuk Mendidik Anak-Anak, Para Ibu Bapa Perlu Banyak Bersabar Dalam 5 Perkara Ini.

Dugaan dalam perkahwinan banyak mengajar para suami isteri untuk bersabar dengan kerenah masing-masing, apatah lagi ketika menimang cahaya mata. Mendidik anak-anak mengambil masa yang lama sejajar dengan tumbesaran mereka. Bukannya anda didik anak-anak hari ini, esok terus pandai.

Jadi, para ibu bapa perlu banyak bersabar dalam 5 aspek ini…

1. Bersabar dalam membuat kebaikan.

Menjadi contoh dan teladan yang baik untuk anak-anak pada zaman sekarang, agak sukar dilakukan. Secara tidak sedar ada sahaja percakapan dan perbuatan negatif. yang dapat mempengaruhi minda anak-anak. Oleh sebab itu, aspek ini penting adanya ilmu keagamaan supaya dapat mendidik mereka untuk solat, mengaji, rukun iman, rukun islam, doa harian dan seumpama dengannya.

Insya Allah, anak-anak akan dibesarkan dengan kebaikan yang anda telah didik.

2. Bersabar dalam menjawab pertanyaan anak-anak.

Anak-anak kecil memang banyak bertanya, dan bertubi-tubi soalannya. Dalam proses membesar ini, terlalu banyak yang mereka mahu kenali sekiranya didedahkan pada alam sekitar. Jadi, sebagai ibu bapa perlu bersabar dalam menangani semua soalan yang dilemparkan oleh anak-anak kecil. Dan juga, jawapan yang diberikan juga perlu membuat mereka berpuas hati dan mengikut logik akal fikirannya.

“Kenapa awan menangis?”

“Kenapa pokok ni tumbuh kecil?”

Usah mengeluh sekiranya anak kecil banyak bertanya, kerana itu tandanya tumbesaran mereka dalam kadar yang normal, malah mereka menaruh kepercayaan kepada kedua ibu bapanya seratus peratus. Janganlah jadi seperti orang asing kepada mereka.

3. Bersabar menjadi pendengar dan teman setia.

Kebanyakan para ibu bapa mengambil ringan dan remeh berkenaan dengan luahan rasa anak-anak. Bersabarlah ketika mendengar luahan hati dan pendapat mereka. Jadilah bff (best friend forever) mereka. Jangan buat anak-anak kecil berpaling, dan menaruh pergantungan dari orang lain seperti atuk dan neneknya.  

Bagi anda mungkin kisahnya tidaklah penting dan besar manapun, namun ia besar untuk mereka.

4. Bersabar ketika anak-anak beremosi.

Jika anak-anak sedang beremosi, janganlah anda sebagai ibu bapa turut beremosi juga kerana ia bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik. Jarakkan sedikit diri kita dengan anak-anak ketika beremosi supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti memukul atau menampar. Jika kita sedang dalam amarah, secara tidak sedar bukan sahaja menghambur kata-kata negatif, tangan juga ringan untuk memukul.

5. Bersabar jika usaha mendidik anak masih belum berhasil.

Para ibu bapa perlu memiliki kesabaran yang tinggi sekiranya usaha mendidik anak-anak belum terhasil. Ulangi tips satu kembali dimana perlu ingat Allah SWT apa jua perkara yang kita lakukan. Sentiasa berdoa pada-Nya semoga terhasil usaha anda selama ini.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen