Penjelasan Mengenai Menyusukan Anak Ketika Berwuduk Atau Ketika Melakukan Solat.

Soalan:

Adakah menyusukan anak membatalkan wudhu?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW. Sebelum dijelaskan hukum bagi permasalahan ini, dibentangkan di sini terlebih dahulu takrif mahram.

Perkara-perkara yang membatalkan wudhu’ telah disebut dalam kitab-kitab fiqh, dan ia diletakkan dalam satu bab yang khusus.

Menurut Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami dan Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaaf, ada empat perkara yang membatalkan wudhu:

  • Keluar sesuatu dari salah satu saluran qubul dan dubur.
  • Hilangnya akal disebabkan tidur , kecuali tidur yang tetap punggungnya.
  • Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita dewasa ajnabi tanpa lapik.
  • Menyentuh qubul anak adam atau lubang duburnya dengan tapak tangan atau jari-jemari bahagian dalam. (Rujuk Al-Mujtaba fi Syarh Safinah al-Naja, hal. 38 dan Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 100-103)

Turut dijelaskan juga bahawa segala benda yang keluar dari selain dua kemaluan depan dan belakang, jika bukan benda najis, tidak dianggap sebagai hadath (pembatal wudhu) menurut kesepakatan para ulama. (Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 17/113)

Maka dalam hal ini kita dapati, menyusukan anak TIDAK termasuk dalam perkara yang membatalkan wudhu’.

Wallahu a’lam.

********

Berkenaan dengan bayi yang mahu menyusu ketika solat pula;

Sekiranya di pertengahan solat tiba-tiba anak menangis mahu menyusu, lihat baki solat kita. Sekiranya masih panjang lagi untuk dihabiskan solat, lebih elok menyusukan anak terlebih dahulu kerana takut anak begitu haus untuk menyusu.

Jika tinggal lagi satu rakaat, atau memang sudah dipenghujungnya, seeloknya habiskan solat dahulu.

Disini kita perlu lihat, tangisan anak pasti membuatkan para isteri yang sedang melakukan solat tidak khusyuk. Maka, sekiranya tidak khusyuk melakukan solat terutamanya terdengar tangisan bayi, haruslah berhenti kerana solat perlu dilaksanakan dengan khusyuk. Ketika berhadapan dengan-Nya ketika solat, hati dan minda perlu fokus pada-Nya, malah tidak mudah terganggu.

Daripada Aisyah R.anha, Rasulullah SAW:

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَحَضَرَ العَشَاءُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ

Maksudnya: Apabila solat hampir dilaksanakan lalu didatangkan makan malam, maka mulakan dengan makan malam.

[Hadis riwayat al-Bukhari (no. 5465)]

Hadis ini menunjukkan bahawa matlamat solat adalah untuk mendatangkan khusyuk. Justeru perlu dihilangkan perkara yang mengganggu khusyuk sebelum solat.

Dan Rasulullah SAW telah bersabda, bermaksud:

إِنِّي لَأَدْخُلُ فِي الصَّلاَةِ وَأَنَا أُرِيدُ إِطَالَتَهَا، فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ، فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلاَتِي مِمَّا أَعْلَمُ مِنْ شِدَّةِ وَجْدِ أُمِّهِ مِنْ بُكَائِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya aku sedang berada dalam solat dan aku ingin memanjangkan solat itu, kemudian aku mendengar suara tangisan bayi, justeru aku ringkaskan solatku kerana aku tahu betapa terkesannya perasaan ibu (yang menjadi makmum Nabi – pent.) itu mendengar anaknya menangis.

Hadis riwayat al-Bukhari (no. 709)

Hadis ini menunjukkan hati ibu perlu tenang dan tidak terganggu dangan tangisan bayi, perasaan rimas dan gusar kerana anaknya lapar.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen