Hilangkan Resdung Dengan Menggunakan Kulit Kayu Manis, Jom Cuba!

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa yang mempunyai resdung pasti agak rimas dengan keadaan hidung yang berair, gatal dan juga kerap bersin bukan? Mana tidaknya sesiapa yang mempunyai resdung ini banyak alahannya. Ada yang tak boleh makan pedas, makan makanan laut, ada yang tak boleh kena habuk dan macam-macam lagi lah.

Dah cuba pelbagai rawatan tapi masih lagi tak berkesan. Bukan itu sahaja, segala pertua yang disarakan juga telah dicubanya. Namun begitu, masih tak nampak akan perubahannya. Jadi apa kata anda mula cuba menggunakan kulit kayu manis. Ikuti cara penggunaannya melalui kisah dari saudari Suzy Honey.



"Nampak jijik kan bila dengar? Tu tula yang akak alami. Bau busuk dalam hidung macam bau tahi hidup tu. Tak boleh nak cerita tau. Sampai mula-mula akak marah laki akak. Bau tahi apa dalam rumah ni? Dia duk terkebil-kebil kepelikan tengok perangai bini-bini ku gangster ni. Lama-lama baru akak sedar sebenarnya bau dari dalam hidung..

Resdung akak teruk ke tak?? Tak usah cerita la babe. Bangun tidur macam nak pecah kerongkong duk bersin. Hidung ni kalau boleh cabut pastu akak bawak pergi spa cuci kejap, sental-sental mesti syok. Nak dijadikan cerita, hari tu akak jumpa dengan seorang doktor & dia pon merupakan pakar herba. Ambik peluang la tanya oiii. Sebab tak tahan dah hidung ni gatal macam apa. Sampai sakit kepala akak.

Doktor tu sendiri cakap. Kalau pergi hospital dia just bagi antibiotics untuk matikan kuman. Tapi yela weh, sampai bila nak makan ubat hospital kan? Doktor tu pon ajar akak..

Ambik sebatang kayu manis bakar dia then sedut asap tu. Sedut guna lubang hidung korang tu. Fuhhh mencabar. Sebab kayu manis ni boleh bertindak sebagai antiseptic semulajadi yang boleh membunuh kuman. Si manis ni boleh mengeringkan lendir & bengkak resdung kita ni. Memang pedih tapi serious akak cakap lega sangat hidung. Rasa kosong, nak bernafas pon senang. Dah 4 hari akak amal buat ni, percaya tak?? Bangun tidur dah tak bersin.

Hidung ni rasa bersih & tak gatal weh. Impress giler dengan kayu manis ni.

Kalau yang muka ada parut korang try parut kulit kayu manis ni. Sapu dekat muka. Memang pedih tapi hasil dia wow weh. Parut pudar. So ni lah rahsia resdung akak sekarang. Dah tak de bau tahik. Bau kayu manis pulak dalam lubang hidung."

                       


Jadi buat yang ada resdung ini bolehlah cuba cara ini, mana tahu sesuai dengan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen