Bergurau Ketika Suami Ada Wuduk Digalakkan, Namun Jangan Terlalu Kerap, Takut Suami Rimas.

Dalam perkahwinan, bergurau senda, dan saling sakat-menyakat adalah untuk mengekalkan hubungan pasangan suami isteri supaya sentiasa bahagia. Malah ia adalah sunnah Rasulullah SAW dimana Baginda mahu mengekalkan keceriaan dan suasana yang bahagia bersama isteri-isterinya, termasuk anaknya juga.

Rasulullah SAW adalah teladan dan pedoman yang tepat untuk dijadikan idola dalam mengekalkan kasih sayang dan kemesraan bersama keluarga. Baginda bukan sahaja amat menghormati isterinya, malah bijak menjaga perasaan isterinya juga. Dimana para lelaki pada zaman sekarang, amat sukar untuk memahami perasaan kaum wanita, dan mengambil ringan tentang hal ini.

Situasi sebegini yang menyebabkan para lelaki menjadi ego, dan mahu mencari jodoh yang mampu melunturkan egonya semata. Padahal setelah berkahwin nanti, pasti isteri akan suka menyakat dan mengusik, terutamanya ketika berwuduk.

Bergurau senda dengan menyakat suami ketika berwuduk, amat digemari para isteri kerana:

1. Mereka gemar berlari-lari dengan suami tercinta di dalam rumah, malah semakin jauh suami melarikan diri, semakin seronok hatinya.

2. Para isteri juga menjadi semakin terhibur sekiranya si suami tewas, dan perlu mengambil wuduk semula.

3. Mahu mendapatkan perhatian sahaja.

Namun perkara sebegini sebenarnya adalah gurauan yang merimaskan para lelaki yang bergelar suami. Tidak semua para suami yang suka disakat sebegini rupa kerana kadang-kala mereka akan menjadi menyampah pula. Macam tiada cara lain lagi untuk bergurau senda. Mereka juga akan berasa bosan, sekiranya si isteri hanya tahu bergurau senda dengan satu cara sahaja.

Bergurau senda ketika suami berwuduk, dengan niat untuk membatalkan wuduknya semata-mata akan membazirkan masa, air dan tenaga. Bagaimana ketika anda bergurau senda, kemudian habis waktu solat pula? Ada yang bergurau senda sehingga keletihan kerana mula intim. Ini yang menyebabkan suami akan berasa rimas kerana:

1. Niat dia suci kudus untuk bertemu Allah. Menyelesaikan wuduk dengan sempurna agar solatnya diterima Allah. Mindanya separuh berada di dalam saf solat. Oleh itu bila isteri datang dengan sengaja mahu membatalkan wudhunya, seolah-olah mengganggu solatnya

2. Mengambil wudhu sekali lagi adalah dikira membazir air dan waktunya. Apa lagi dengan secara sengaja.

Tidak salah untuk bergurau, namun cari cara lain pula untuk bergurau senda supaya ada dinamik dalam hubungan. Tidaklah suami bosan nanti. Oleh itu, isteri harus:

  • Bergurau mengikut kesesuaian masa dan tempat.
  • Tidak bergurau dengan perkara sensitif.
  • Tidak bergurau sehingga memudaratkan pasangan.
  • Tahu bezakan antara perkara yang penting dan perkara yang boleh dibawa bergurau.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen