Wahai Isteri, Pada Khadijah Itu Ada Teladan Untukmu.

Oleh: Rafi

Khadijah Bintu Khuwailid adalah merupakan seorang wanita yang tak dapat digantikan oleh sesiapa pun dalam hati Rasulullah. Rasulullah sangat bersyukur dikurniakan isteri seperti Khadijah sewaktu hidupnya bahkan Rasulullah juga memuji beliau selepas kewafatannya. Walaupun Rasulullah menikahi perempuan lain selepas kewafatan Khadijah, tetap mereka tidak dapat menghilangkan perasaan rindu beliau pada Khadijah seperti yang pernah diungkapkan kepada saidatina Aisyah radhiyallahu anha.

Tidak demi Allah, Allah tidak akan memberi ganti padaku dengan wanita yang lebih baik darinya. Dia beriman kepadaku saat manusia mendustakanku, memberikan kepadaku saat manusia menghalangiku, mendukungku dengan harta bendanya saat manusia menolakku dan Allah mengaruniakan kepadaku anak darinya saat Dia menghalangiku memiliki anak-anak dari wanita lain. ( HR. Al-Bukhori )

Zaman semakin berlalu dan muncul beberapa figure wanita yang menjadi ikutan kita. Tapi apa yang merugikan adalah figure tersebut bukanlah contoh yang sepatutnya kita ambil. Mengapa perlu memilih mereka yang peribadinya begitu jauh sekali dengan ajaran Al Quran berbanding wanita yang telah menjadi dambaan hati Rasulullah dan begitu istimewa kedudukannya dihadapan Allah? Maka seharusnya para isteri menjadikan Khadijah sebagai panduan bagaimana ingin menjadi seorang isteri yang solehah. Bukanlah isteri yang terbaik itu hanya mereka yang mempunyai wajah yang cantik, tetapi peribadi yang sangat ikhlas memberikan yang terbaik untuk si suami demi keredhaan Allah. Jika kita lihat bagaimana Khadijah begitu ikhlas memberikan segalanya kepada Rasulullah sehingga Allah menyampaikan salamnya melalui Jibril, Abu Hurairah radhiyallahu anhu meriwayatkan bahawa Jibril datang kepada Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam dan berkata,

“Ya Rasulullah, Khadijah akan datang kepadamu membawa lauk-pauk atau minuman. Jika dia sudah datang, sampaikanlah salam kepada Khadijah daripada Tuhannya. Beritahu kepadanya bahawa baginya sudah disediakan rumah di syurga dibuat daripada batu permata yang tidak ada keributan dan rasa lelah.” (HR. Bukhori)

Allahu.. Betapa mulianya peribadi Khadijah sehingga mendapat khabar gembira sewaktu di dunia lagi. Buat para isteri contohilah peribadi Khadijah bagaimana beliau memberikan kata-kata semangat, belaian, harta, tenaga dan semuanya sekali untuk membantu dakwah suami beliau iaitu Rasulullah demi mendapat keredhaan Alllah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen