“Hidup Tak Tenang, Rezeki Sempit Jika Kita Aniaya Isteri…” Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam menjalani kehidupan rumah tangga ini, kita perlu saling berkongsi dan juga tahu menghargai pasangan kita. Jangan terlalu mementingkan diri dan pentingkan kemahuan kita. Perasaan pasangan dan kemahuannya juga penting untuk membuat hubungan rumah tangga kita itu lebih bahagia.

Mungkin ada yang merasakan bahawa anda suami, maka kemahuan anda perlu diutamakan kerana anda ketua keluarga. Namun begitu, apalah gunanya seorang ketua tanpa ada anak buahnya. Maka kemahuan pasangan anda juga penting untuk memastikan perhubungan yang dijalankan itu lebih lancar dan baik.

Tak guna ada ketua yang hebat sekiranya dalamannya penuh dengan kelukaan dan rasa tidak bahagia dari pasangannya. Sedikit pandangan dari saudara Firdaus Shakirin untuk dijadikan renungan dan peringatan buat kita semua yang bakal berumah tangga ataupun sudah berkahwin ini.



"Pilih salah satu. Abang atau ibu bapa awak..."

Kenapa perlu bagi pilihan sebegini pada isteri?
Kalau dia pilih ibu bapa dia, kita nak kata dia isteri yang derhaka? Kalau dia pilih kita, ibu bapa dia akan anggap dia anak yang derhaka...?

Best ke dapat title "derhaka"?

Tak kisah la anak derhaka ke, isteri derhaka k, tetap derhaka. Kita yang jadi suami ni, tak dapat title tu? kita tak menderhaka kepada siapa-siapa?

Suami derhaka mungkin jarang kita dengar. Sebab derhaka si suami bukanlah pada isteri, tapi pada Allah. Suami yang menzalimi isteri dengan perbuatannya, suami yang tak menunaikan hak-hak isteri, suami yang tak bertolak ansur kepada isteri, suami yang tak bertanggungjawab, suami yang tak menjalankan tugas sebagai menantu, suami yang pukul isteri dan sebagainya ni, dia menderhaka kepada Allah.

Sebab isteri itu amanah dari Allah untuk dia jaga, untuk dia pelihara, untuk dia berasa tenang dan gembira...

Derhaka kepada manusia, apa manusia boleh buat? Tapi kalau derhaka kepada Allah, apa yang Allah boleh buat? Hidup tak tenang, rezeki sempit, selalu sakit, asyik serba tak kena ja urusan harian. Ada saja perkara-perkara yang terjadi kepada kita.

Semua tu bertujuan untuk apa?

Untuk mengingatkan kita, untuk menyedarkan kita. Allah tegur kita dengan cara menguji kita. Selagi kita tak sedar akan salah kita, selagi kita tak kembali ke pangkal jalan dan selagi kita tak memperbetulkan dan memperbaiki diri kita, selagi itulah kita akan diuji.

Jadi suami ni, tak perlu sampai tahap pentingkan diri sendiri, nak hak-hak suami tu dipenuhi isteri, nak dilayan seperti maharaja, nak isteri tunduk sujud dekat kita. Nope, tak perlu sampai tahap macam tu.

Jadi suami, perlu jadi manusia juga. Kena ada sifat tolak ansur, budi bicara, faham memahami, saling melengkapi. Perlu guna logik akal, perlu waras, perlu bijak dan perlu fikir tentang perasaan org lain sebelum bercakap dan membuat sesuatu keputusan.

Kalau selalu rasa diri tu betul je, selalu pakai agama untuk nak menundukkan isteri, then tanya diri sendiri, agama larang ke seorang anak berbuat baik kepada org tuanya walaupun dia bergelar isteri? Then agama suruh kita yang jadi menantu ni anggap mertua tu sebagai ibu bapa sendiri...

Nak ke tinggal "ibu bapa sendiri" tak ada org jaga, hidup sorang-sorang sakit demam diorang tanggung sendiri?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen